Panduan Am Cara Menyimpan Susu Perahan

August 08, 2014


  • Pastikan bekas utk simpan susu, bersih dan disterilkan sebelum digunakan. Cara mudah yang biasa saya buat untuk mensterilkan semua perkakas penyusuan, rendam dalam air panas selama 10-15 minit, kemudian toskan supaya kering. Elakkan lap dengan kain atau tisu kerana mungkin akan tinggalkan kesan kotoran daripada tisu atau kain tu. ( cara biasa, tanpa gunakan sterilizer ) 
  • Simpan kuantiti susu dalam bekas/botol yang mencukupi utk sekali penyusuan. Contoh, jika bayi anda minum 3oz, so perahan susu simpan ckup-cukup 3oz 


  • tinggalkan sikit ruang udara dalam bekas penyimpanan utk membolehkan proses pengembangan berlaku jika susu dibekukan 
  • simpan dalam peti sejuk....jika susu perahan yang hendak digunakan dalam tempoh 4-5 hari, boleh simpan di bahagian bawah peti sejuk jer..so tak payah bekukan... 
  • jika dalam tempoh itu, susu tersebut masih tidak digunakan, masukkan susu tadi ke tempat beku 
  • labelkan bekas penyimpanan...nama bayi, tarikh perahan dan masa mula memerah 
  • bila nak guna susu, ambik yg paling awal diperah

You Might Also Like

0 comments