Set Bersalin Shaklee ~ berpantang bersalin tetapi tak macam dalam pantang !

August 20, 2014

badan ibu cergas dan sihat dengan set bersalin moden shaklee

Bersalin secara normal atau ceaseran (pembedahan), kedua-duanya memerlukan ibu-ibu fokus untuk mengembalikan kesihatan tubuh badan seperti sediakala. Kebiasaanya, tempoh berpantang selama 44 hari adalah suatu tempoh yang membosankan dan menyakitkan. Tapi, bagi ibu-ibu bijak yang tahu kehendak dan keperluan tubuh badan sendiri, pasti akan melalui hari-hari berpantang dengan gembira dan tenang. 

Pemakanan ibu berpantang perlu dikawal agar tidak memberi kesan tidak baik kepada bayi dan juga ibu itu sendiri. Pelbagai pantang-larang diamalkan dari zaman nenek moyang kita dahulu. Dari segi pemakanan dan aktiviti seharian.

Jadi, bagaimana ibu hendak mendapatkan nutrisi yang cukup untuk pulihkan kembali badan seperti asal dengan baik?

Maka, dengan itu dicadangkan beberapa vitamin Shaklee yang sesuai untuk diamalkan ketika berpantang selepas melahirkan anak, samada kelahiran normal atau secara pembedahan (ceaserean). 

Pengalaman saya sendiri melahirkan 2 orang anak, sangat-sangat berbeza. Kelahiran anak sulung adalah kelahiran yang paling dinanti-nantikan. Saya dan suami gembira dengan kelahiran Auni...namun, dalam pantang, tidak seindah yang disangka.

Bermula hari kedua bersalin, susu badan tak keluar. Bayi dah menangis kelaparan. Breast pulak dah luka-luka dan pedih sangat. Saya jadi stress. Niat saya nak fully breastfeed sebelum tu, hilang entah kemana. Terus saya minta husband belikan susu tepung isomil, yang berasaskan soya. Kononya tak nak beri bayi minum susu lembu.

Semasa tempoh berpantang 44 hari tu, tersangatlah azab. Rasa serik nak hamil dan bersalin lagi....hihihi. Masa dalam pantang tu, macam-macam perkara yang saya lalui;

~ sembelit, sehinggakan pitam dalam tandas - tekanan darah rendah
~ sakit-sakit belakang
~ sakit tulang temulang punggung ( tak boleh duduk dalam tempoh walau 1 minit untuk menyusukan bayi )
~ susu badan tak banyak (campur-campur dengan susu tepung) - kesian anak sulung saya...uhuukkk
~ luka jahitan episotomi lambat sembuh dan hampir terbuka (seram)
~ terganggu tidur waktu malam bila bayi asyik terjaga kelaparan
~ rahim terasa cam nak jatuh, rasa berat je

Saya tak boleh makan jamu sebab bayi saya ada jaundice...lama jugak nak hilangkan jaundice tu..macam-macam mak saya cuba. apa jer jiran-jiran dan kawan-kawan mak suruh buat, mak buatkan untuk cucu sulung kesayangan dia. 

Bila mengenangkan pengalaman lepas, fuhhhh, SERIK !! 

Tetapi, pengalaman bersalin dan berpantang anak ke-2, Humayraa tersangatlah berbeza...seriusly , sangatttt berbeza. Saya hanya ambil Set Bersalin/Berpantang Shaklee sahaja, TANPA JAMU. Dan amazing, saya berasa lebih sihat dan cergas walaupun berpantang sendiri di rumah sendiri. Alhamdulillah... Saya amalkan vitamin Shaklee sejak anak sulung saya berumur 3 bulan, sebagai milk booster kerana kurang susu badan. Dan teruskan sampai sekarang. Masa pregnen anak ke-2, saya hanya ambil vitamin pranatal Shaklee sahaja. Memang best...langsung tak ada alahan. Sepanjang tempoh kehamilan, cuma beberapa kali sahaja saya muntah-muntah. Selainnya, saya lalui hari-hari bahagia dengan kandungan yang semakin membesar dan sihat. HB cantik . Tak perlu minum air gula.hihihi. ( ada yang beritahu saya, semua orang tidak boleh tidak, memang kena minum air gula....) so, nampaknya saya ter'selamat'.

Hari pertama selepas bersalin, susu badan memang banyak. Syukur, dan sampai hari ni,saya still breastfeed Humayraa secara ekslusif. Subhanallah..rezeki untuk Humayraa, dipermudahkan Allah s.w.t.

Perubahan ketara yang saya rasa antara pengalaman pertama dan kedua berpantang ;
~ susu badan banyak
~ kurang sembelit
~ badan lebih cergas dan kuta
~ tak ada langsung sakit-sakit belakang atau tulang belikat
~ saya tak perlu menyusukan bayi dalam jangkamasa yang lama sehingga lenguh-lenguh badan
~ bayi tidur lena walaupun pada waktu tengah malam
~ luka episotomi lebih cepat sembuh

Kelebihan Dan Manfaat Set Bersalin SHAKLEE Buat Ibu Dalam Pantang (berdasarkan pengalaman ibu-ibu yang sudah  menggunakan vitamin Shaklee ketika dalam pantang):

  • boleh diambil sebaik sahaja selepas melahirkan bayi
  • boleh diambil oleh ibu walaupun bayi terkena demam kuning/jaundis 
  • memulihkan tenaga ibu kembali dengan pantas
  • membantu melancarkan pengaliran susu ibu
  • sesuai bagi ibu yang sedang menyusukan bayi pre-mature...in sha Allah
  • baik untuk penyembuhan luka dengan cepat : luka episotomi atau ceaseran
  • penting utk ibu bg mendapatkan nutrisi lengkap sementelah ibu-ibu kene berpantang pelbagai makanan
  • elakkan sembelit yang menjadi mimpi ngeri buat ibu dalam pantang
  • memberikan rasa dan mood tenang buat ibu kerana waktu berpantang, banyak dugaan dan cabaran (meroyan)
  • sesuai buat ibu yang tidak menyukai rasa jamu
  • buat mereka yang tidak boleh makan ikan haruan atau sebagainya
  • boost extra energy untuk ibu berjaga malam jaga dan menyusukan bayi
  • bonus utk ibu-ibu yang ingin mengembalikan berat badan asal/kurus
  • membantu mengurangkan rambut gugur
  • membantu merawat kulit kusam/jeragat
  • Memberikan tenaga berpanjangan.
  • Membuatkan kulit bayi dan ibu semakin halus dan gebu
  • Membuatkan susu ibu lebih tinggi kandungan protin dengan pengambilan ESP secara konsisten ( susu ibu akan kelihatan pekat dari biasa dan membuatkan bayi anda lebih cepat kenyang dan bayi tidak akan 'bergayut' lama
  • Membuatkan kulit ibu semakin cantik, boleh menghilangkan parut2 baru dan mencegah jerawat
  • Mengetatkan ‘miss v’ ibu-ibu (kembali seperti anak dara..aummmm)
  • Menghilangkan keputihan.
  • Menguatkan dan menyihatkan rambut.
  • Mencegah payudara ‘jatuh’ 
  • Meningkatkan fungsi saraf termasuk saraf otak.
  • Mengurangkan sinus/alergi.
  • Menguatkan sistem imun ibu dan juga bayi. (tidak mudah demam, batuk dan selsema...InshaAllah)

set bersalin atau set berpantang shaklee pilihan ibu-ibu zaman sekarang
vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk ibu-ibu selepas bersalin
antaranya ialah;
Zinc Complex
Vita-Lea (multivitamin)
ESP Soy Protein Isolate Powder
Vitamin C
B-Complex


Mari kita semak, apa manfaat yang dapat diberi buat ibu-ibu bersalin. Saya percaya, ramai ibu-ibu diluar sana yang seakan tidak yakin, bagaimana vitamin boleh dijadikan set bersalin, kan ??

Saya juga berfikiran sama seperti anda sebelum ini. Kebiasaannya, jamu adalah 'ubat' terbaik ibu-ibu selepas bersalin.

Saya tidak memperlekehkan jamu yang sudah menjadi turun-temurun nenek moyang kita. Jamu sangat bagus terutama untuk kesihatan dalaman wanita. sihat dalam, sihat luar !

Tetapi, malangnya, saya jenis yang susah nak terima 'makanan' yang tak sedap..hahahha... maksud saya, rasa jamu yang "tak sedap" tu , tekak saya tak boleh terima. Saya kagum bila melihat kawan-kawan yang boleh ambil dan amalkan jamu semasa tempoh berpantang.


Manfaat Setiap Vitamin Shaklee Yang Dicadangkan Sebagai Set Bersalin/Berpantang Ibu-ibu Selepas Melahirkan Anak


a) Zinc Complex
  • zink diperlukan oleh tubuh badan manusia yang menggalakkan sintesis kolagen dan ini membantu dalam penyembuhan luka
  • zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan. 
  • zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman. 
  • pengambilan zink membantu mengurangkan dan mencegah kekguguran rambut kronik sehingga boleh membotakkan kepala. 
  • zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kerapuhan tulang.
  • membantu memperbaiki rabun malam

b) Vita-Lea (multivitamin)
  • dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 
  • menambahkan tenaga dan kecergasan tubuh badan serta kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori untuk aktif dan fokus dalam setiap kerja atau pembelajaran memperlengkapkan nutrisi - amalan diet yang tidak seimbang oleh kerana ibu-ibu selepas bersalin terpaksa berpantang pelbagai jenis makanan termasuk sayur-sayuran tertentu.
  • vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah, dan ini membantu ibu-ibu yang telah banyak kehilangan darah semasa proses kelahiran bayi

c) Vitamin C

  • meningkatkan sistem imun tubuh agar tidak mudah terkena jangkitan demam, selsema dan sebagainya ketika dalam pantang
  • memperbaiki kesihatan kulit agar kembali cerah dan sekata ~ sesetengah ibu, mengalami pelbagai masalah kulit ketika tempoh kehamilan
  • membentuk kolagen dan sekaligus membantu memperbaiki tisu yang koyak semasa proses bersalin
  • membantu menghilangkan jeragat yang dialami oleh ibu semasa hamil
  • mengurangkan stress masalah berkaitan mental seperti kerisauan
  • mengelakkan pendarahan dalaman seperti gusi berdarah, hidung berdarah dan sebagainya

d) B-Complex
  • menukarkan makanan kepada tenaga, maka ibu-ibu lebih cergas dan sihat
  • mengatasi tekanan dan stress ( kurangkan gejala gila meroyan)
  • untuk kesihatan rambut agar tidak mudah gugur, sihat dan bersinar
  • cegah anemia
  • detoks

e) ESP Soy Protein Isolate Powder
  • membekalkan tenaga dengan yang berpanjangan ~ minum ESP, InshaAllah kita akan rasa lebih cergas dan mudah nak handle anak-anak yang lain walaupun ketika dalam pantang
  • membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak - luka bersalin cepat sembuh
  • mengekalkan kesihatan tisu-tisu yang sihat
  • ESP terkenal dikalangan ibu menyusu kerana kandungan protin yang tinggi membantu ibu-ibu menampung keperluan protin seharian dan sekaligus membekalkan protin untuk bayi. Protin adalah penting untuk tumbesaran bayi. 
  • kandungan protin yang tinggi dalam susu ibu membuatkan bayi cepat kenyang dan mudah lena ~ pengalaman saya sendiri yang sudah 3 tahun minum ESP. Waktu tidur saya adalah tidur yang berkualiti. Bayi saya akan bangun minta susu 1x atau 2x sahaja sepanjang malam. 
Saya sudah rasa apa perbezaan jika tidak minum ESP dan bila saya minum ESP. Saya mengakui, pemakanan saya kurang terjaga kerana kesibukan kerja seharian. Jadi, saya top up dengan suplemen. Bukan sekadar untuk banyakkan susu, tapi untuk kesihatan badan saya juga. Lagi-lagi usia saya yang sudah masuk 30-an ni.
Kita boleh nampak perbezaan susu badan yang diperah. Biasanya, susu yang saya pam akan bewarna kuning pekat.
Pernah saya buat eksperimen pada diri sendiri, apabila terbaca komen di Facebook, yang susu ibu pekat dan tidak pekat,bukan sebab ESP atau suplemen. Itu adalah beza hindmilk dan foremilk.
Seminggu lebih kurang, saya tinggalkan ESP. Memang tak minum langsung. ( refresh : pemakanan harian tidak menentu ) .
Bila saya pam susu, YaAllah, susu tu seperti air paip klorin atau sama macam air basuhan beras. Cair. Saya pun tak tergamak nak beri bayi saya minum susu tu, saya terus buang ke dalam sinki. 
(ini pengalaman saya yea, tiada kene mengena dengan pihak lain).  Lain orang, lain cara dan beza pendapat. 

Ibu-ibu yang sudah mengambil set berpantang Shaklee, tapi nak jugak ambik milk booster untuk perbanyakkan susu badan, anda boleh tambah Alfalfa Complex.


Bagi ibu dalam pantang yang mengalami sembelit teruk, anda boleh tambah Ostematrix (kalsium) . Gabungan kalsium , magnesium dan vitamin D mampu membantu  melembutkan najis dan melawas. Ostematrix lebih sesuai untuk ibu selain Herb-lax.



You Might Also Like

0 comments