Doa Dan Amalan Yang Mesti Ibu Lakukan Untuk Perbanyakkan Susu Ibu Buat Bayi Tercinta

August 15, 2014

Selain mengamalkan 'milk booster', para ibu yang beragama Islam digalakkan sentiasa amalkan doa ini bagi memohon rezeki, perbanyakkan susu ibu.

Jadikan amalan ini amalan rutin setiap hari. Yakinlah dengan rezeki yang Allah kurniakan. Setiap anak, wajib ditunaikan hak penyusuan selama 2 tahun.


" Ya Allah....permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...Amin “

Surah Al-Hujurat & Al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati semoga Allah s.w.t murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu kita. Bagaimanapun, jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah Al- Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada payudara dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah !!




Selain itu, amalkanlah berzikir dengan kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70X pada setiap hari. Waktu yang paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah, InsyaAllah susu badan akan bertambah jika kita istiqamah dengan amalan yang tersebut di atas...




You Might Also Like

0 comments