Adakah Jenis Pam Mempengaruhi Kuantiti EBM / Susu Ibu Perahan?
December 15, 2014Penyusuan ibu zaman sekarang lebih mudah, sebab dimana-mana sahaja org berkongsi tentang penyusuan. Di Facebook juga ada grup khas untuk para ibu menyusu berkongsi pengalaman. Di blog tak kurang yang mendidik ibu-ibu tentang penyusuan ibu. Tambahan pula semakin banyak pengeluar yang mengeluarkan pelbagai jenis pam yang lebih mampu milik. Masa zaman saya menyusukan Auni pada tahun 2011, pam Spectra 3 yang paling famous di kalangan ibu-ibu, sesuai dengan bajet. begitu juga saya. Yang paling best adalah dari model Medela yang mana brand ini disyorkan oleh kebanyakan hospital kerana ia hampir mirip sedutan bayi. Namun, harga nya agak mahal berbanding pam jenama Spectra. Saya pernah beli pam manual Medela Harmony, RM 190 selepas diskaun. Harga sebenar RM 269. Boleh tahan gak kan harga nya.
breastpump |
- pam yang menyerupai cara hisapan bayi dan ia membantu merangsang hormon prolaktin dan oksitosin
- kekuatan sedutan yang dihasilkan pam bersesuaian untuk menyedut susu. Sedutan yang terlalu perlahan tidak efektif untuk memerah susu. Jika terlalu tinggi, ini boleh menyebabkan kecederaan payudara ibu. Paras optimum adalah 200mmHg hingga 230mmHG.
- jumlah kitaran hisapan dan lepasan yg sama dengan kitaran hisapan bayi pada payudara. Biasanya kitaran sedut-lepas (suction-release cycle) berlaku sekitar 40kali seminit hingga 60kali seminit, hampir menyamai kitaran hisapan bayi.
Jenis-jenis Pam Susu Ibu
- pam manual (menggunakan tangan) ; pam 'hon basikal' (rubber bulbs), pam hendal (squeeze pump), pam silinder
- pam menggunkan bateri
- pam elektrik
Pam manual |
- digunakan dgn cara menekan dan melepaskan getah bulat untuk menjana vakum agar susu boleh keluar. Kurang digalakkan kerana ia sukar untuk mengawal vakum yang dihasilkan oleh pam selain kurang efektif.
- digunakan dengan cara menekan dan melepaskan hendal. Sesuai digunakan oleh ibu-ibu yang memerah sekali sekala dan ibu-ibu yang sering travel yg sukar untuk mencari electric supply point. Tidak digalakkan untuk ibu yang sentiasa sibuk kerana ia makan masa utk mengepam, terutama ibu bekerjaya.
- kurang efektif dan kurang digunakan kerana ia agak meletihkan ibu-ibu.
Pam Bateri |
- kadangkala ambil masa lama bagi mencapai tahap vakum yang diperlukan
- mudah dibawa dan digunkan ditempat yang susah dapat sumber elektrik.
- kurang efektif adalah kerana bateri kene kerap tukar selepas 2 atau 3 kali penggunaan. Makan kos banyak untuk beli bateri dan tidak bagus untuk jangka masa panjang. Boleh guna bateri yg dapat dicaj semula, tetapi vakum yang dihasilkan tidak kuat.
Breastpump Elektrik Pelbagai Jenama di Malaysia |
pam elektrik (single pump/double pump)
- tersedia single pump ( untuk sebelah payudara sahaja) atau double pump (utk kedua0dua belah payudara serentak)
- ibu-ibu boleh memilih ikut kegemaran dan bajet.
- bagi ibu bekerjaya, saya amat syorkan menggunakan double pump, supaya dapat mengepam susu dalam masa yang singkat.
- pam ini menggunakan elektrik, ada yang direct sambung ke plug point dan ada yang boleh digunakan selepas dicaj (seperti handphone)
- ada button controller untuk mengawal kadar sedutan dan ini dapat mengelakkan payudara tercedera
- mesra pengguna, tidak memenatkan
- jimat masa, mengepam sambil buat kerja lain
- sesetengah jenama breastpump mencipta button bagi fasa stimulasi di mana ia dapat merangsang refleksi ejeksi susu dengan lebih cepat ( contoh : medela Freestyle )
- kajian menunjukkan double pam (pam serentak kedua-dua belah payudara) dapat mengeluarkan susu dalam tempoh singkat. ia juga dapat merangsang hormon prolaktin dan oksitosin dengan lebih efisien
- harga pam elektrik, antara RM 200 dan boleh cecah sehingga RM 2000 . ibu boleh pilih ikut bajet dan kepuasan sendiri. pam mahal atau murah, bukan penentu kuantiti susu kan !
INFO ; Kajian mendapati,hanya 7 minit hingga 12 minit diperlukan bagi memerah kedua-dua belah payudara, berbanding 15 minit hingga 20 minit untuk sebelah payudara
5 comments
sy pakai pam bateri & letrik brand japlo.. okey laa jugak.. huhu.. tp sebab agak murah.. mula2 pam tu agak sakit jugak.. lama2 dah biasa, okey.
ReplyDeletesaya pernah susukan anak kawan yg x dpt menyusu secara normal sebab bibirnya baru lepas menjalani pembedahan. oleh kerana susu kawan sy x ckup (mgkin x dirangsang dgn penyusuan secara trus dr anaknya) jd sy membantu dgn mengepam sedikit susu sy. pertama kali gunakan pam eletrik. spt biasa, awalnya mmg sakit tp hasilnya susu semakin byk selepas pam.
ReplyDeleteskrg anak kedua, sy guna yg manual yg mana ianya lebih murah tp mmg makan masa dan penat. tp mmg betullah, ikut jenis pam juga utk menghasilkan susu yg banyak. yg manual, sikit sahaja. terpaksa susukan anak d sebelah lain supaya sebelah yg dipam tu keluar susunya.
terima kasih utk info berguna ni ^^ skdr perkongsian
pam manual, kurang suction.....lama2, akan makin slow suction dia....berdasarkan pengalaman saya la..saya tak tahu lah org lain cmna...
Deletemula2, sy beli medela harmony, manual...awal2 guna, syok la kan...lama2, tak puas rasa nk pam....
lepas tu, beli breastpump spectra 3....elektrik...haa, bru la sedap skit nak mngepam...
for mom to be, yg tgh survey breastpump tu, better grab electric breastpum terus...single ke double ke, ikut keperluan kita...
kalau ibu2 yg sibuk 24-7 tu, kurang masa kat opis, better beli double pump...
(^__^)
ASI adalah best supplement for baby. Indeed.
ReplyDeletesetuju 100% (^__^)
Delete