ABOUT MASHITAH MAMAT

Pengedar Shaklee Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, Puchong, Kota Warisan, Dengkil


Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Hi, saya Mashitah binti Mamat, isteri Muhamad Hamdi dan mama kepada 3 orang anak , Nur Hadfina Auni, Nur Humayraa Nadra dan Muhamad Hafidh. Berasal dari Terengganu dan dibesarkan di Kelantan. Kini tinggal di Putrajaya sejak 2011.

Detik mula saya kenal Shaklee adalah bermula dengan Set Breastfeeding. Masa tu saya dalam cuti bersalin 90 hari dan lagi 2 minggu saya nak masuk kerja. Masalah bermula bila saya baru sedar yang saya tak ada stok breastemilk untuk dibekalkan masa hantar baby ke rumah baby sitter. Tambahan pulak, sebagai seorangyang baru bergelar ibu, dunia breastfeeding ni sebenarnya terllau mencabar untuk saya. Pada mulanya saya fikir menyusukan bayi ni semudah ABC. Bersalin jer terus dapat susu mencurah-curah. Tapi....  

Saya terjumpa sharing post daripada seseorang di facebook. Saya mesej bertanyakan cara dapatkan breastmilk yang banyak. Masa tu saya banyak dapat ilmu daripada beliau dan saya beli Set Breastfedding.

Alhamdulillah, berkesan. Walaupun susu tak mencurah-curah, tapi cukup untuk saya menyusukan anak sulung saya , Nur Hadfina Auni sampai umur 2 tahun. 

Jatuh cinta dengan produk, saya mendaftar sebagai ahli Shaklee pada 10 Februari 2012. Menjadi Pengedar Shaklee aktif selepas itu apabila terpanggil nak berkongsi "feel" best nya Set Breasfeeding Shaklee ni dengan kawan-kawan, adik-beradik dan saudara mara dan semua orang yang ada masalah penyusuan macam saya. 

Maka dengan itu, lahirlah blog VitaminHouze ini dimana tempat saya berkongsi tentang kesihatan dan kecantikan dengan produk kesihatan semulajadi No. 1 di Amerika Syarikat. 


keluarga kecil saya


bersama mak dan ayah saya
Semoga blog ini dapat memberikan anda sejuta ilmu dan tempat rujukan yang terbaik. Jika ada salah dan silap, mohon jangan kecam dulu. Boleh hubungi saya terus untuk menegur. Saya bersedia menerima teguran yang berhemah. InsyAllah.

Terima kasih kerana sudi singgah blog ini.