Tips Untuk Kempiskan Perut Selepas Bersalin

August 26, 2014

Wanita selepas bersalin, pasti mengalami masalah perut buncit dan amat susah untuk kempis kembali. Makin susah jika malas berbengkung ketika dalam pantang. Ada juga yang masih mengalami perut buncit walaupun berpantang dengan ketat. Jangan risau, ada pelbagai cara untuk kempiskan perut. Mari sama-sama cuba tips ini :

Tips Kempiskan Perut 


(1) Melangsingkan badan : cara paling mudah dan murah ialah kisar lobak merah, mentimun dan limau nipis, dan ditapis airnya kemudian minum. Amalkan 2 kali sehari.

lobak merah



mentimun segar


limau nipis yang dibuang bijinya


(2) Minum air suam, elakkan minuman ais.
(3) Elakkan mengambil makanan yang bergoreng dan berlemak.
(4) Minum jus pegaga setiap pagi

pegaga

(5) Bengkung 2 kali seminggu. Lakukan pada waktu malam, sebelum tidur.
(6) Untuk mengelakkan perut dari mengeleber maka, boleh buat 'sits up' sebanyak 50 - 100 kali setiap pagi.
sits up

(7) Minum air asam jawa (sederhana pekat) secawan sebelum sarapan
(8) Bersihkan perut dengan air suam untuk buka liang-liang roma dan sapukan campuran limau nipis dan kapur sireh. Bagus dibuat dalam tempoh 6 bulan selepas bersalin kerana perut masih lembut dan mudah untuk dibentuk.
(9) Makan yogurt 3 kali sehari. Pilih yogurt yang rendah lemak dan kurang gula kerana yogurt dikatakan membantu penghadaman. Pastikan anda membeli yogurt yang ada kultur hidup. Yogurt juga adalah sumber kalsium dan ini bonus buat ibu-ibu yang menyusu bayi.
(10) Kurangkan minum air semasa makan. Kalau terpaksa minum, pastikan minum air suam kosong dan minum sedikit demi sedikit kerana lemak makanan sukar untuk dihadam. Kira-kira 30 minit selepas makan, barulah boleh untuk minum air dengan lebih banyak.
(11) Seelok-eloknya, untuk kempiskan perut bagus dilakukan semasa dalam pantang. Bengkung perlu digunakan selama 44 hari. Disarankan memakai bengkung sebelum makan.
(12) 'Belly Dancing' sambil senaman boleh menghiburkan hati. Senaman perut.

belly dancing

(13) Untuk perut bahagian atas : baring atas katil,bengkokkan lutut , kemudian angkat kepala dan badan selari/serentak setinggi yang boleh dan tahan dalam kiraan 8. Ulang 8 kali untuk satu sesi .Untuk perut bahagian bawah (sekitar rahim) yang paling susah lemaknya hendak dibuang, baring dengan kaki diluruskan dan angkat kaki ke atas (badan akan jadi bentuk L kalau di lihat dari tepi). Ulang 10-20 kali satu sesi. Buat setiap hari sebelum tidur. Pasti perut kita flat walaupun berbadan gempal. Tujuan senaman ini untuk mengetatkan otot perut supaya perut tak melendut/mengeleber/berlipat.
(14) Jangan mandi lepas makan kerana suhu badan yang sejuk akan menyebabkan sistem penghadaman kurang efektif.
(15) Bagun pagi, perkara pertama yang boleh buat ialah minum plain water. Sunnah Nabi Muhamad, bangun tidur baginda akan minum segelas air kosong kerana ia akan membersihkan saluran seperti usus dan perut dalam badan.
(16) Kunyah makanan perlahan-lahan supaya badan tak terbeban untuk proses makanan yang besar.
(17) Pastikan makan 4 jam sebelum tidur dan sebab yang nyata ialah makanan tidak sempat hadam sebelum itu.
(18) Senaman. Jogging atau berbasikal pada waktu petang. Beriadah bersama keluarga. Surirumah pula, buat kerja rumah juga adalah senaman untuk anda. Lagi bagus jika rumah anda ada tangga.
(19) Menyusukan bayi adalah salah satu cara untuk kuruskan badan.



You Might Also Like

0 comments