Vitamin Buat Ibu Hamil Sepanjang Kehamilan Terbaik Untuk Kesihatan Ibu Dan Bayi

August 30, 2014

wanita hamil atau ibu hamil perlukan vitamin atau suplemen untuk sentiasa cergas sihat bayi sihat sempurna


Kepentingan Vitamin Pranatal


Perlukah ibu hamil mengambil vitamin?

Terpulang kepada individu, berdasarkan cadangan doktor anda. Bagi sesetengah wanita, kehamilan adalah satu tempoh sukar terutama di awal kehamilan. Muntah, loya dan hilang selera makan, kurang nutrisi. Maka disinilah peranan vitamin pranatal untuk wanita hamil bagi memastikan kesihatan dan tumbesaran bayi tidak terganggu. 

Multivitamin yang mengandungi zat besi terutamanya dan asid folik adalah vitamin yang paling penting buat anda untuk mengelakkan risiko kecacatan pada bayi dan hindarkan anemia. 
Bagi wanita yang merancang untuk hamil, disarankan mengambil asid folik sebagai persediaan untuk hamil. Asid folik diteruskan pengambilannya semasa hamil dan selepas bersalin. Kita perlu ambil asid folik 400mcg setiap hari selama 12 minggu pertama kehamilan pada trimester pertama. Asid folik juga boleh didapati dari makanan yang mengandungi folat, iaitu asid folik dari sumber semulajadi. Namun, adakah cukup 400mcg asid folik yang kita ambil?

Perkara Penting Dalam Vitamin Ibu Hamil


Jika anda ada masalah kesihatan semasa hamil, dinasihatkan dapatkan pandangan dan rundingan doktor, vitamin apakah yang patut dan tidak patut anda ambil. Bagi ibu-ibu yang berada dalam  keadaan kesihatan yang risiko rendah, boleh memilih untuk mengambil vitamin Shaklee mengikut dos yang diperlukan oleh wanita hamil. Pastikan vitamin anda mengandungi ;
  • 400 micrograms (mcg) of folic acid
  • 400 IU of vitamin D
  • 200 to 300 milligrams (mg) of calcium
  • 70 mg of vitamin C
  • 3 mg of thiamine
  • 2 mg of riboflavin
  • 20 mg of niacin
  • 6 mcg of vitamin B12
  • 10 mg of vitamin E
  • 15 mg of zinc
  • 17 mg of iron
Pengambilan vitamin/suplemen amat digalakkan kerana :
  • dapat mengurangkan risiko kecacatan pada bayi ketika dalam kandungan
  • mengelakkan kelahiran abyi pra-matang
  • mengurangkan risiko kurang berat bayi semasa dilahirkan
  • membantu wanita hamil lebih cergas dan sihat sepanjang kehamilan
  • membantu mengurangkan simptom-simptom 'morning sickness' - loya,muntah dan tiada selera makan terutama pada peringkat awal kehamilan ( 1st trimester )
Wanita hamil memerlukan nutrisi harian lebih daripada biasa kerana kita terpaksa berkongsi nutrisi nutrisi degan bayi yang juga memerlukan nutrisi yang cukup untuk proses tumbesaran yang lebih baik.

Bagi wanita hamil yang mengalami kehamilan berisiko, dapatkan nasihat daripada doktor anda apabila hendak mengambil vitamin. Kerana anda memerlukan dos yang berbeza berbanding wanita hamil berisiko rendah. 

Bagi mereka yang kurang risiko atau tiada masalah kesihatan yang lain, anda boleh mengambil vitamin untuk ibu hamil jenama Shaklee yang semulajadi. Ternyata ia adalah vitamin semulajadi yang terbaik berbanding vitamin sintetik yang banyak di pasaran.

Jika anda memilih untuk tidak amalkan suplemen semasa hamil, pastikan anda mengambil makanan yang mengandungi nutrisi yang cukup seperti zat besi (iron), kalsium, asid folik, karbohidarat, protin, omega-3, lemak dan air .

Pastikah anda dapat sukatan nutrisi yang mencukupi? 

Pengambilan vitamin adalah satu cara terbaik untuk pastikan nutrisi yang diperlukan adalah mencukupi kerana setiap vitamin Shaklee mengandungi dos tertentu yang sesuai diambil oleh ibu hamil. 

Cadangan Vitamin Shaklee Untuk Ibu Hamil Sepanjang 9 Bulan Kehamilan


Set Vitamin Ibu Hamil Asas 1st Trimester Kehamilan

Vitamin ibu hamil asas ini sesuai untuk mereka yang tidak mengalami kandungan berisiko tinggi, tetapi inginkan tubuh badan yang sihat dan cergas. Selain mengurangkan loya dan muntah alahan hamil. bagi ibu yang mengalami HB rendah juga boleh mengambil vitamin ini, terutama Vitalea Iron Formula ~ zat besi dan multivitamin. Bagi mereka yang tidak minum susu, Ostematrix (kalsium) adalah alternatif yang paling berkesan. Ia juga membantu ibu-ibu elak kekejangan secara tetiba (simpul mengkarung).

Set Vitamin Ibu Hamil Premium 1st Trimester Kehamilan

Vitamin ibu hamil premium ini dicadangkan bagi ibu-ibu yang kurang selera makan, yang mengalami masalah rahum tidak kuat untuk menampung tumbesaran bayi. Ini adalah kerana protin soya membantu menguatkan rahim. Selain itu, dengan minuman soya protin akan melahirkan bayi yang mempunyai kulit yang sihat dan putih mulus.

Set Vitamin Ibu Hamil Premium 2nd & 3rd Trimester Kehamilan

Apabila masuk trimester kedua, ibu boleh ambil minyak ikan. Ini adalah untuk membantu merangsang otak dan mata bayi. Fakta menyatakan ibu hamil yang mengamalkan minyak ikan semasa hamil akan melahirkan bayi yang bijak. InshaAllah.


Set Vitamin Ibu Hamil Eksklusif 2nd & 3rd Trimester Kehamilan

Vitamin ibu hamil ekslusif ini sesuai untuk ibu yang sudah masuk trimester kedua sehingga kelahiran. Set ini adalah set lengkap memenuhi keperluan ibu semasa hamil, untuk kesihatan dan kesejahteraan ibu serta bayi juga.

Kesemua set di atas bertahan untuk 1 bulan hingga 6 bulan. Maka, anda tidak perlu risau untuk mengeluarkan bajet untuk vitamin bayi anda. Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Set ini hanyalah cadangan dari kami untuk digunakan oleh ibu hamil. Namun begitu, anda boleh mengambil beberapa jenis vitamin sahaja, yang betul-betul diperlukan. Tidak perlu ambil semua jenis.

Faedah & Manfaat Vitamin Shaklee Buat Ibu Hamil

Vita-Lea Multivitamin
  • diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang yang mengandungi  30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting.
  • mengandungi ferum/zat besi untuk elakkan ibu alami anemia
  • membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid/beguk (yang biasa terjadi disebabkan kekurangan iodin)
  • ibu yang mengandung dan menyusukan anak amat digalakkan mengamalkan pengambilan vita-lea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.
(2) Sustained Release Vitamin C Plus
  • Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan (sistem imun)
  • Untuk kesihatan tulang, gusi, gigi serta struktur am badan
  • Membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka
  • Membina kolagen untuk kulit yang sihat
  • Bertindak melindungi sel dalam serangan antioksidan
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
  • Improve your antibodi, natural antihistamine and collagen source, so will reduce stretch mark effect
(3) ESP Soy Protein Isolate Powder
  • membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu, tumbesaran bayi yang sihat dan normal 
  • Energizer, bagus utk kulit dan awet muda (long term-elak kulit kendur/saggy breast) 
  • Mempercepatkan penyembuhan luka 
  • Membantu menghilangkan jeragat hitam dan kesan jerawat pada muka 
  • Merawat kulit kusam 
  • Memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yg rosak 
  • Membantu mempercepatkan penyerapan vitamin-vitamin yang di makan 

(4) B-Complex (Acid Folic)
  • Membantu mengurangkan tekanan dan kelesuan
  • Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran
  • Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.
  • Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan system kardiovaskular

(5) Ostematrix  (kalsium)
  • level kalsium dalam darah turut berkurangan tatkala mama sedang period
  • Fungsi-membantu membina tulang dan gigi yang kuat
  • Membantu mengekalkan paras tekanan darah menjadi normal
  • Membantu kontraksi otot dan transmisi saraf
  • Mengurangkan simptom2 PMS

(6) Omega Guard (minyak ikan)
  • Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  • Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  • Mencegah salur darah dari tersumbat
  • Omega 3 dapat mengelakkan strok
  • Mengekalkan tekanan normal darah
  • Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  • Mengurangkan sakit kepala
  • Merendahkan kolestrol
  • Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  • Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  • Mengawal masalah obesiti
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Sangat bagus untuk ibu hamil – membantu tumbesaran dan perkembangan otak dan mata janin
vitamin semulajadi yang terbaik untuk ibu hamil wanita hamil


Disclaimer:
*This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

You Might Also Like

0 comments