Testimoni : Rahsia Susu Ibu Melimpah Ruah Macam Empangan Pecah !!

July 20, 2014

mama, tak nak susu formula !!
Nak susu badan melimpah ruah ibarat empangan pecah?? Nampak macam mustahil kan? Tapi percayalah, tiada yang mustahil jika kita berusaha untuk mendapatkannya. Asalkan si ibu rajin, berdisiplin dan konsisten dengan amalan asas penyusuan ibu, pasti berjaya. Sebelum mulakan misi penyusuan bayi anda, pastikan anda mempunyai ilmu tentangnya. Untuk menjayakan penyusuan bayi , pelbagai cabaran akan anda hadapi. Jika tidak kuat dan tidak sabar, mungkin akan terkandas di peretengahan jalan.


stok EBM yang melimpah ruah
Anda mahu stok Express Breast Milk (EBM) yang banyak seperti ini? Terutama bagi ibu-ibu yang bekerjaya yang perlu sentiasa ke luar daerah bagi menghadiri kursus atau lawatan kerja dalam tempoh yang lama. Apakah persediaan anda untuk bayi di rumah?

Menyusukan anak selama 2 tahun adalah dituntut sebagaimana dinyatakan di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 233.

Pengalaman menyusukan bayi mungkin dilalui tanpa sebarang masalah oleh sebilangan ibu manakala ada juga yang sebaliknya. Usah berputus asa jika anda mendapati ia sedikit mencabar. Menyedari masalah-masalah yang mungkin timbul dapat membantu anda bertindak lebih awal dan menangani masalah tersebut dengan lebih yakin.

Antara perkara yang perlu ibu-ibu sentiasa buat secara konsisten bagi memastikan susu ibu sentiasa melimpah ruah sepanjang masa :
  • nekad untuk menyusukan anak selama 2 tahun
  • niat kerana Allah s.w.t
  • bagi ibu berkerjaya, pastikan pam susu 2 atau 3 jam sekali ketika di pejabat (uruskan masa mengepam dengan bijak)
  • minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari
  • selalu buat "POWER PUMPING
  • kurangkan minum ais
  • kurangkan minuman berkafein, cukup sekadar 1-2 cawan sehari
  • susukan bayi dengan kerap bila-bila masa dia berasa lapar
  • susukan bayi pada kedua-dua belah payudara dan jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 atau 3 jam
  • penyusuan adalah tentang "SUPPLY & DEMAND". Makin banyak permintaan , makin banyak susu akan terhasil. Oleh sebab itu, ibu-ibu mesti pastikan kerap menyusukan bayi dan pam (jika berpisah daripada bayi)
  • SENTIASA BERDOA SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI UNTUK BAYI ANDA
  • makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien seperti senarai di bawah: 
    Adakah anda dapat menikmati kesemua makanan di atas? Bagaimana pula dengan ibu-ibu yang tidak mampu untuk mendapatkan semua makanan ini? Oleh sebab itu, disyorkan ibu-ibu mengambil suplemen agar tubuh badan dan mental ibu sihat dan segar.
    Suplemen apa yang menjadi pilihan ibu-ibu? Vitamin Sintetik atau Vitamin Semulajadi, pilihan di tangan anda.

    Jika anda mahukan suplemen yang semulajadi, selamat dan berkesan, Shaklee adalah pilihan yang tepat. Beberapa jenis vitamin Shaklee disyorkan buat ibu-ibu, bukan sahaja untuk menyihatkan tubuh badan malah dalam masa yang sama, membantu ibu-ibu menghasilkan susu badan yang lebih banyak buat bayi.


    Antara suplemen yang dicadangkan ialah :- Alfalfa Complex, Vital-Lea Iron Formula (multivitamin), ESP Soy Protein Isolate Powder, Sustained Release Vitamin C Plus, B-Complex with Acid Folic dan Ostematrix (kalsium)

    (1) Alfalfa Complex
    • As a galactagouge ~ agus diambil oleh ibu menyusu, kerana ia meransang dan menambah pengeluaran susu ibu.
    • merawat masalah keputihan pada wanita ~ sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara
    • baik untuk mereka yang ada alahan dan ekzema
    • baik untuk mereka yang ada masalah resdung
    • melegakan sembelit
    • dilarang mengambil alfalfa complex jika bayi terkena jaundis atau ada G6PD
    • Dos pengambilan yang dicadangkan : ambil 3 biji alfalfa bersama minuman protin ESP, 3x sehari. Sebaik-baiknya ambil selepas menyusukan bayi dan selesai sesi mengepam. Pastikan payudara dikosongkan.
    • ibu hamil dan pesakit SLE tidak dibenarkan mengambil alfalfa complex 
    (2) Vitalea Iron Formula (multivitamin)
    • mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayur-sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA, sebagai pelengkap nutrisi [Vitamin A, C, D, E, Vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik, Biotin, Kalsium, Fosforus, Iodin, Zat Besi, Magnesium, Copper, Zink]
    • multivitamin paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia
    • memberi tenaga segera untuk tubuh badan dan mental
    • dos pengambilan yang dicadangkan : 1 biji selepas makan. disarankan diambil serentak dengan Vitamin C untuk penyerapan optimum. Elakkan ambil dengan produk tenusu atau kalsium kerana ia mengalang penyerapan zat besi
    (3) ESP Soy Protein Isolate Powder
    • soya protein non-gmo (non-genetically modified organism)
    • memberikan sumber tenaga segera
    • menyediakan 9 jenis asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia
    • sesuai untuk pesakit diabetes kerana ia mempunyai indeks glisemik yang rendah iatu 39
    • membantu menghasilkan susu ibu yang tinggi protin, ini akan membuatkan susu ibu lebih pekat dan bayi akan cepat kenyang tanpa perlu menyusu dengan kuantiti yang banyak dan dalam temph yang lama
    • membantu ibu-ibu menurunkan berat badan kerana ia akan memberikan ibu rasa kenyang berpanjangan
    • membantu mencantikkan kulit, kuku sihat dan elakkan keguguran rambut serius. (meratakan warna kulit)
    • Dos Pengambilan : 1 sudu besar dibnacuh dengan minuman kegemaran anda, 3x sehari (tidak melebihi 3 sudu besar sehari). Jangan bancuh menggunakan air panas kerana ia akan memusnahkan kandungan protin 
    (4) Sustained Release Vitamin C Plus
    • meningkatkan sistem imun badan supaya kebal daripada demam, selsema dan sebagainya
    • mencerah dan mencantikkan kulit
    • melawan sel kanser
    • membantu mengurangkan tekanan dan imsonia
    • dos pengambilan yang disarankan, 1 atau 2 biji sehari. (boleh ambil setiap 5 jam)
    (5) B-Complex with Folic Acid
    • menukarkan makanan kepada tenaga dan mengurangkan keletihan kepada ibu
    • mebantu kesihatan fungsi saraf sekaligus mengurangkan tekanan, sakit kepala, migrain, kemurungan dan imsonia
    • mengandungi 8 jenis vitamin iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin
    (6) Ostematrix (kalsium)
    • membantu ibu-ibu lebih cergas 
    • mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron yang perlu diambil bersama -sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral
    • membantu kuatkan tulang dan tidka mudah sakit-sakit tubuh
    • elakkan kekejangan dan kebas
    • membantu mengurangkan tekanan
    • membantu ibu tidur dengan lena 
    • mengurangkan serangan gastrik
    • 1 biji ostematrix = segelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam
    • dos pengambilan yang disyorkan , 4 biji setiap hari sebelum tidur.

    TESTIMONI ~ EBM melimpah ruah dengan Set Penyusuan Shaklee ~


    20oz EBM dapat disimpan bagi 3x sesi mengepam

    stok EBM 100oz dalam masa seminggu dapat dikumpulkan



    stok EBM penuh 'deep freezer'


    You Might Also Like

    0 comments