ABOUT SHAKLEE MALAYSIA
Tentang SHAKLEE
Di Shaklee, kami percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.
Kisah kami bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.
Hari ini, kami merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Kami melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk kami Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.
Kami menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
Kami menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
Kami telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
Kami juga menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan berkongsi produk kami.
Sehingga hari ini, kami telah membayar komisen bernilai lebih $6.7 bilion kepada para Pengedar kami, dan kami menjemput anda untuk mengecapi manfaat memiliki perniagaan Shaklee anda sendiri.
Keistimewaan Shaklee
Falsafah Produk Shaklee
Selama lebih 60 tahun, keluarga berbilang generasi telah menaruh kepercayaan bahawa Shaklee mampu melakukan apa yang syarikat lain tidak mampu untuk lakukan – menghasilkan produk yang selamat secara semula jadi DAN terbukti berkesan.
Misi kami di Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan semestinya lebih baik, untuk semua. Kami melakukannya melalui penghasilan produk semula jadi yang sangat luar biasa, dan anda sentiasa mahu berkongsi cerita dengan keluarga dan rakan mengenainya. Setiap bahan yang memasuki setiap botol Shaklee telah dicipta untuk memperbaiki kesihatan, berfungsi tanpa kompromi, dan lembut serta mesra pada alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee, anda akan mengetahui tiga perkara yang nyata dan benar.
Ia selamat. Ia terbukti. Dan ia berkesan.

SELAMAT
Produk yang selamat datangnya daripada bahan-bahan yang berkualiti, dan itulah yang kami gunakan. Keselamatan mutlak amat penting di Shaklee, dan kami tegaskan bahawa standard kami tiada tandingan.
Bahan-bahan untuk produk kami dipilih secara teliti untuk memenuhi standard prestasi dan penyaringan yang tinggi. Malah, standard ketulenan kami adalah antara yang paling ketat dalam industri nutrisi dan pemakanan berkhasiat untuk memberi jaminan bahawa semua produk kami adalah selamat.
Apabila anda fikirkan “Shaklee”, fikirkan “Tulen”.
KAMI MENYARING LEBIH 350 BAHAN CEMAR, RACUN SERANGGA DAN BENDASING UNTUK SETIAP BAHAN BOTANI BAHARU
Selain itu, kami turut menyaring untuk bahan cemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, kehadiran radiasi dan pencemaran mikrob.
2
LEBIH DARIPADA 250 UJIAN RACUN SERANGGA DILAKUKAN, MELEBIHI SYARAT UNITED STATES PHARMACOPEIA (USP)
3
KAMI MELAKUKAN LEBIH 100,000 UJIAN KUALITI SETIAP TAHUN
untuk memastikan produk kami selamat digunakan oleh anda dan keluarga anda.
TIADA TAMBAHAN PENGAWET, PEMANIS ATAU PERASA TIRUAN
5
BEBAS GLUTEN
Produk kami Bebas Gluten, berita baik untuk mereka yang mengalami alahan gluten dan sensitif-gluten. Dengan produk bebas gluten, kami mahu anda memiliki usus dan sistem penghadaman yang lebih sihat.
BUKAN GMO
Produk Shaklee adalah bebas GMO dan disahkan melalui Program Pengekalan Identiti (Identity Preserved Program (IPP)), pendekatan paling dipercayai untuk memastikan produk kami kekal Bukan- GMO dari peringkat biji benih hingga ke proses pengilangan.
TERBIODEGRADASI
Berpegang pada prinsip selamat, handal dan mesra alam, produk Get Clean Home Care kami adalah Terbiodegradasi yang tidak mengandungi fosfat, nitrat atau borat. Kami menjadikannya satu tanggungjawab dan amanah untuk menjadikan planet kita lebih sihat sepanjang masa.
KAMI TIDAK MELAKUKAN UJIAN KE ATAS HAIWAN
Sumber Info : Website Shaklee Malaysia