Tempoh Masa Menyusu

September 04, 2014

Banyak sebab yang akan membuatkan pengeluaran susu ibu kurang aktif. Ketahui cara-cara yang betul untuk menggalakkan penghasilan susu ibu bermula seawal kelahiran bayi :

  • salah satu sebab kegagalan menyusu ialah ibu membataskan tempoh penyusuan kerana takut akan menyebabkan puting payudara sakit jika bayi menyusu dalam tempoh yang lama
  • kesakitan pada puting payudara ibu bukan disebabkan oleh hisapan bayi tetapi ia berpunca drp salah posisi ketika menyusu
  • sebaiknya proses menyusu tidak dijadualkan dan hendaklah diberi mengikut kehendak dan kesesuaian bayi kerana bayi yang akan menentukan keperluannya
  • ibu juga harus prihatin jika bayi menangis disebabkan lapar dan bukan sebab lain seperti kencin, kepanasan, kesejukan dan lain-lain
  • hisapan bayi sangat berpengaruh pada rangsangan pengeluaran susu ibu dan tempoh menyusu yang dijadualkan akan memberikan akibat yang kurang baik dan akan timbulkan masalah menyusu di kemudian hari
  • bagi ibu yang bekerja pula, digalakkan menyusu lebih kerap pada waktu malam agar dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu

  • 2 hari pertama, pengeluaran susu ibu masih belum banyak dan ibu tidka perlu menyusu terlalu lama, dalam beberapa minit pun sudah cukup untuk merangsang pengeluaran susu ibu
  • pada hari-hari seterusnya, bayi yang sihat akan dapat mengosongkan sebelah payudara sekitar 5-7 minit dan bayi akan kenyang sehingga 2 jam
  • pada awal kelahiran, bayi menyusu tidak mengira waktu dan mengikut keperluannya, namun selepas 1-2 minggu kemudian, bayi akan mempunyai pola tertentu
  • tempoh masa bayi menyusu adalah berbeza-beza, ada yang menyusu hanya dalam masa 5-10 minit, ada juga sehingga 30 minit. hal ini tidak menjadi masalah sebenarnya kerana setiap bayi adalah berbeza-beza
  • daripada penelitian, bayi yang menyusu dengan lambat, mendapat susu ibu yang sama banyak dengan bayi yang menyusu dengan cepat. oleh sebab itu, jika ibu bayi yg lambat menyusu tadi berhenti menyusukan abyi sebelum bayi selesai, bayi mungkin tidak mendapat susu akhir yang kaya dengan tenaga yang diperlukan untuk membesar dengan baik
  • sebaik-baiknya ibu harus menyusukan dengan kedua-dua payudara bagi menjaga keseimbangan saiz payudara
  • usahakan agar ibu menyusu sehingga payudara terasa kosong supaya pengeluaran susu menjadi lebih baik berdasarkan konsep 'supply and demand'
  • setiap kali menyusu bayi, mulakan dengan payudara terakhir disusukan

You Might Also Like

0 comments