Omega Guard, Minyak Ikan Terbaik Di Dunia Jenama Shaklee

September 12, 2014

omega guard adalah minyak ikan jenama shaklee, yang terbaik dan berkualiti tinggi
Omega Guard, minyak ikan Shaklee - 90 capsules

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata.

Shaklee OmegaGuard™ ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard™membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sumber : Shaklee Malaysia

Kelebihan Omega Guard Shaklee


Minyak Ikan Terbaik Di Dunia.


Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun.Ia bukan dari hati minyak ikan, Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 1000mg asid-lemak omega- 3 EPA dan DHA. 
  • 540mg EPA 
  • 360mg DHA 

Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang mengunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan-berbahaya seperti plumbum , merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB(polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).


Kenapa ikan laut dalam?



Pada tahun 1970 , seorang saintis amerika , pemenang Nobel Price, telah menemui satu rahsia :

  • Penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.
  • Orang Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghadapi masalah jantung, lelah, tekanan darah tinggi, dan penyakit kencing manis. Manakala kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara , yang bekerja sebagai pemburu dan makanan utama mereka ialah daging yang mempunyai banyak kolestrol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.



Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan : ikan dari air laut mengandungi asid lemak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus , merawat penyakit lelah dan alahan kulit yang berkesan.


You Might Also Like

0 comments