Vitamin Shaklee Yang Disyorkan Untuk Ibu Menyusu Sebagai Milk Booster Terbaik
September 15, 2014
Tujuan utama pengambilan suplemen di kalangan ibu menyusu disarankan adalah untuk memastikan tubuh badan ibu lebih sihat dan dapat menghasilkan susu ibu yang berkualiti tinggi. Oleh kerana gaya hidup ibu-ibu zaman moden yang sentiasa sibuk dan kurang mengambil berat kualiti pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang telah disyorkan oleh pakar kesihatan. Bagi anda yang masih dapat mengikut dan mengamalkan makanan yang sihat dan berkhasiat, suplemen adalah tidak perlu.
Para ibu digalakkan mengamalkan diet seimbang dan pemakanan sihat. Secara peribadi, saya berpendapat ibu yang sihat dan ceria akan dapat menghasilkan susu ibu dengan banyak dan lebih berkualiti. Namun begitu, adakah semua ibu dapat memenuhi diet seimbang berikutan kekangan masa sewaktu bekerja dan tanggungjawab menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Dan saya adalah salah seorang ibu bekerjaya yang sukar untuk mendapatkan makanan penuh nutrisi. Jalan mudah yang SELAMAT & BERKESAN, dengan mengambil suplemen dan suplemen pilihan saya sudah tentu suplemen terbaik jenama Shaklee yang semulajadi agar tidak mendatangkan keburukan buat saya untuk jangka masa panjang. Pastikan diri kita sihat demi kesejahteraan keluarga.
Islam amat tekankan perihal penyusuan ibu selama 2 tahun. Rujuk Surah Al-Baqarah ayat 233
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
Susu ibu adalah sumber makanan yang penting untuk tumbesaran bayi kerana susu ibu mengandungi nutrisi penting bagi menguatkan antibodi bayi dan seterusnya melindungi bayi daripada penyakit yang tidak diingini. Oleh sebab itu, pemkanan si ibu adalah penting kerana apa yang ibu makan, itulah yang akan diserap oleh bayi.
Banyak faedah penyusuan ibu, bukan sahaja untuk bayi, malah untuk ibu juga.
Faedah Kepada Ibu;
- Kembali kepada bentuk badan asal
- Penyusuan susu ibu membantu anda membakar lemak yang tersimpan sewaktu hamil. Penurunan berat badan lebih berjaya jika ibu turut mengamalkan senaman yang betul.
- Mengecutkan rahim
- Penyusuan susu ibu akan merembeskan hormonhormon yang bertindak ke atas uterus (rahim), menyebabkannya mengecut dan kembali kepada saiz asal dengan lebih cepat. Pengecutan ini juga menghalang pendarahan berlebihan selepas bersalin.
- Melindungi kesihatan
- Penyusuan susu ibu melindungi ibu daripada penyakit barah payudara dan barah ovari dan mengurangkan kemungkinan mendapat osteoporosis dan penyakit jantung.
- Menjarakkan kehamilan
- Penyusuan susu ibu melambatkan kedatangan haid dan ini boleh membantu ibu menjarakkan kehamilan secara semulajadi.
- Mudah
- Penyusuan susu ibu selesa, boleh diberikan kepada bayi di mana-mana sahaja ibu berada, pada bila-bila masa dan adalah percuma!
Suplemen Ibu Menyusu (Milk Booster)
Set Penyusuan (Ekonomi) Alfalfa Complex ESP Soy Protein Isolate Powder |
Set Penyusuan (Asas) B-Complex Vitalea (multivitamin) Alfalfa Complex Sustaine Released Vita-C 500mg |
Set Penyusuan (Premium) B-Complex Vitalea (multivitamin) Alfalfa Complex Sustaine Released Vita-C 500mg Ostematrix (kalsium) |
Set Penyusuan Ibu (Eksklusif) ESP Soy Protein Isolate Powder B-Complex Vitalea (multivitamin) Alfalfa Complex Sustaine Released Vita-C 500mg Ostematrix (kalsium) |
Setaip satu suplemen memberi manfaat yang berbeza-beza. Anda boleh memilih set penyusuan yang badan anda perlukan.
Manfaat dan Faedah Milk Booster Shaklee
ESP Soy Protein Isolate Powder
- minuman soya protin non-GMO ~ tinggi protin dan menjadikan susu ibu juga tinggi protin. Ini membantu tumbesaran bayi dengan cepat dan sihat. Sesuai bagi ibu-ibu yang melahirkan bayi pra-matang
- protin membantu mengekalkan pertumbuhan normal dan pemuliharaan tisu
B-Complex
- menambah tenaga kerana ia membantu tukarkan makanan kepada tenaga, jadi ia membantu mengurangkan rasa keletihan
- meredakan tekanan (stress), sekaligus meredakn sakit kepala
- mengurangkan masalah kemurungan (baik untuk ibu dalam pantang)
- bagus untuk masalah rambut gugur dan beruban, kelemumur dan memperbaiki masalah kulit kepala
- baik untuk mata
- mencegah anemia-membantu pembentukan sel darah merah dan antibodi
- meredakan senggugut
- pelengkap nutrisi bagi mereka yang tidak mengamalkan diet seimbang.
- ibu menyusu memerlukan lebih nutrisi, vitamin dan mineral lebih daripada orang biasa kerana nutrisi ibu diperlukan untuk menghasilkan susu yang berkualiti
- memberi tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental kepada ibu
- elemen penting kepada tubuh kerana vitalea menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihtana tirod
- melindungi organ, iaitu melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati
- meningkatkan penghasilan susu ibu (milk booster)
- mencuci hati, darah dan usus - buang toksin dan segala kekotoran dari badan, bersihkan kolon dan ini mengelakkan ibu-ibu sembelit teruk
- melawan alaha/alergik - membantu ibu-ibu merawat alahan terhadap makanan atau persekitaran yang kotor, kurap, bau badan yang meloyakan dengan berkesan
- membantu melegekan kembung perut (bagus juga untuk bayi yang menyusui susu ibu) dan membantu masalah penghadaman lain seperti ulser, gastrik dan hepatitis
- menyingkirkan lemak tepu dan kolesterol dalam tubuh - kajian klinikla yang telah dijalankan oleh Shaklee, penggunaan jangka panjang akan membantu menghapukan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi kerana alfalfa bertindak sebagai serat
- melawan tumor - membantu mengalkalika badan dan dengan itu ia menghapuskan sel kanser dan membuang tumor
- melegakan keletihan ibu-ibu
- mencegah/merawat artritis
- membantu meningkatkan sistem imun untuk melawan penyakit
- mencantikkan kulit terutama pada bahgian perut
- seratakan warna kulit
- mengurangkan parut luka
- menguatkan kan tulang dan gigi
- menghalang osteoprosis
- mengurangkan sakit-sakit dan lenguh-lenguh badan
- melegakan tekanan/stress
- melegakan sembelit ( membantu melembutkan najis )
- kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium sehari akan membantu melegakan haid dan mudah membuang air kecil
- melegakan gastrik
Cadangan Suplemen Bagi Ibu Bermula Hamil, Berpantang & Menyusukan Bayi |
Untuk meningkatkan kandungan EPA & DHA dalam susu ibu, anda boleh mengambil minyak ikan Shaklee iaitu Omega Guard.
Omega Guard (minyak ikan) - 90 capsules |
Cara pengambilan : ambil 1 biji/hari Omega Guard selepas makan. Bagi tujuan untuk kurus atau mengempiskan perut, boleh ambil 3 biji, 3x setiap hari selepas makan. Kerana minyak ikan larut lemak.
Elakkan ambil Omega Guard ketika demam, kerana ia panas dan akan menaikkan lagi suhu badan anda.
0 comments