Phytocol-ST™ - Bertindak Secara Semula Jadi Untuk Merendahkan Paras Kolesterol

September 22, 2014

hapuskan kolesterol jahat secara semulajadi


Apakah kolesterol?

Kolesterol - bahan berlemak (lipid) yang terdapat pada pembuluh darah haiwan dan dan juga manusia. Kolesterol diperlukan oleh tubuh untuk tujuan kesihatan seperti sumber tenaga, membentuk dinding sel-sel dalam tubuh, dan sebagai bahan asas pembentukan hormon -hormon steroid.
Kolesterol terbahagi kepada 2 jenis iaitu kolesterol HDL (baik) dan kolesterol LDL (jahat).
Seseorang individu terdedah kepada serangan sakit jantung jika kolesterol LDL (jahat) lebih tinggi kandungannya berbanding kolesterol HDL (baik).

hapuskan koelsterol dengan selamat


Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.

Sumber kolesterol ialah daripada pemakanan dan rembesan hati. Oleh sebab itu, kita harus menjaga pola pemakanan seharian.

Perisai Kolesterol Jahat Dari Memasuki Salur Darah


Kaedah yang palin selamat untuk menghalang kemasukan kolesterol jahat ke salur darah adalah dengan mengambil suplemen. Shaklee mencadangkan Phytocol-ST™. 

Bertindak Secara Semula Jadi untuk Merendahkan Paras Kolesterol



Phytocol-ST™ ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh.
  • Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian, berkesan dalam merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi
  • Dirumus daripada campuran sterol & stanol
  • Membekalkan 2,000mg sterol & stanol tumbuhan setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
Phytocol-ST™ - 120 tablets

You Might Also Like

0 comments