Imunisasi Bayi

September 22, 2014


Sumber : KKM 30/10/2013

Imunisasi

Penyakit berjangkit adalah penyebab utama berlakunya kecacatan dan kematian dikalangan kanak-kanak. Imunisasi adalah cara yang efektif dalam mencegah dan mengurangkan penyakit ini. Semua kanak-kanak berhak mendapat imunisasi yang lengkap. Dengan itu adalah penting untuk anggota kesihatan melengkapkan diri dengan pengetahuan terbaru mengenai perkembangan tentang imunisasi. Imunisasi adalah satu cara yang paling berkesan dalam mengawal penyakit-penyakit berjangkit seperti difteria, pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), polio, tibi,hepatitis B, measles, mumps, rubella dan jangkitan meningitis Haemophilus influenzaetype b. Imunisasi merupakan satu proses pembentukan imuniti atau perlindungan kepadaindividu melalui penggunaan vaksin.

Kepentingan Imunisasi

Imunisasi memberi faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana dapatmengelakkan daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang seriusyang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian.

Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus danboleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dankekal.Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Imunisasi juga dapatmengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahlikeluarga.Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik danwabak penyakit berjangkit.Imunisasi juga dapat mengurangkan atau membasmi sesetengah penyakitseperti polio, neonatal tetanus dan difteria.

Imunisasi merupakan satu-satunya intervensi kesihatan yang kos-efektif.

Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah

Penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi merupakan penyakit berjangkityang boleh mengakibatkan morbiditi yang tinggi, mortaliti dan risiko samada penyakit itudapat dirawat atau tidak. Kebanyakan daripada penyakit-penyakit ini dapat dicegahmelalui imunisasi seperti penyakit tibi, measles (campak), mumps (beguk), rubella,pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), chicken pox (cacar), Japanese encephalitisdan lain-lain.Penyakit-penyakit berjangkit ini kerap menyerang kanak-kanak dan mempunyaikomplikasi yang serius berbanding penyakit-penyakit lain. Justeru itu, KementerianKesihatan Malaysia telah melaksanakan program ini bagi mencegah penyakit-penyakittersebut.

  • Tibi (Tuberculosis) - Vaksin BCG
Tibi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria yang menjangkiti saluranpernafasan. Penyakit ini tersebar melalui titisan (melalui udara) semasa batuk atau bersinoleh orang yang dijangkiti penyakit tibi. Justeru itu, jangkitan ini boleh menjangkiti ahli-ahli keluarga lain yang tinggal serumah. Biasanya berlaku di kalangan penduduk miskindan mereka yang tinggal di kawasan sesak.Kebelakangan ini penyakit tibi telah meningkat disebabkan kemasukan pendatang asingdan juga meningkatnya kejadian jangkitan HIV. Komplikasi penyakit ini termasuk jangkitan kelenjar limfa (lymph node), radang selaput otak, radang paru-paru danserangan tibi pada organ-organ lain seperti usus, tulang dan sendi, paru-paru dan buahpinggang.
  • Hepatitis B - vaksin Hep B
Hepatitis B merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Hepatitis B.Penyakit ini dijangkiti dari seorang ke seorang yang lain melalui darah yang tercemarsecara pemindahan darah atau perkongsian jarum suntikan. Di antara tanda-tandanyaialah demam dan jaundis. Kesan penyakit ini adalah serius di mana ia bolehmengakibatkan jangkitan hati yang kronik, cirrhosis dan kanser hati. Program imunisasiHepatitis B bermula pada tahun 1989.
  • Difteria - vaksin DT, vaksin DTP (kombinasi difteria, tetanus, pertussis)

Difteria adalah radang pada selaput hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh toksin(racun) yang dihasilkan oleh bakteria Difteria. Kesannya adalah bengkak pada saluranpernafasan yang mengakibatkan saluran pernafasan tersumbat dan mungkinmenyebabkan kematian. Penyakit difteria boleh dirawat dengan antibiotik.

Adalah penting untuk diberikan antitoksin dengan segera bagi mengelakkan kerosakanberkekalan pada jantung dan sistem saraf atau kematian. Hanya dengan pemberianimunisasi sahaja dapat melindungi anak anda daripada penyakit difteria.
  • Pertussis (Batuk Kokol) - vaksin DTP(kombinasi difteria, tetanus, pertussis)

Batuk kokol adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria pertussis yangmenjangkiti kerongkong dan saluran pernafasan. Akibatnya adalah batuk yang teruk dankerap muntah dan keadaan ini mungkin berlarutan sehingga 3 bulan walaupun mendapatrawatan yang sempurna. Kematian akibat daripada penyakit ini kerap berlaku di kalanganbayi berumur di bawah 6 bulan. Komplikasi pertussis yang teruk adalah sawan tarik,pendarahan dalam mata, kerosakan atau radang paru-paru dan kerosakan atau radangselaput otak (meningitis).
  • Tetanus (Kancing Gigi) - vaksin DTP (kombinasi difteria, tetanus, pertussis), vaksin T 
Spora tetanus didapati di dalam tanah. Penyakit tetanus boleh berlaku apabila terdapatluka yang tercemar dengan spora tetanus. Tetanus juga tersebar melalui penggunaangunting dan peralatan lain yang tercemar dengan spora tetanus. Hanya imunisasi bolehmencegah penyakit ini.
  • Polio (Poliomyelitis)- vaksin OPV (melalui mulut)
Polio disebabkan oleh virus Polio yang menyerang sistem saraf. Penyakit ini menularmelalui tangan, makanan dan air yang tercemar dengan najis dari orang yang dijangkitipenyakit polio. Jangkitan polio biasanya menyerang sistem saraf ke otot dan ini bolehmenyebabkan lumpuh. Kadangkala polio menyerang otot pernafasan yang menyebabkankesukaran bernafas dan ini boleh membawa kematian.
  • Penyakit Hib - vaksin Hib

Penyakit Hib disebabkan oleh bakteria Haemophilus influenzae type b. Di Malaysia 30% -50% kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang menghidap radang selaput otak(meningitis) adalah disebabkan penyakit Hib.

Penyakit ini juga boleh mengakibat kanak-kanak menderita keracunan darah (septisemia),radang paru-paru (pneumonia), radang sendi (septic arthritis), radang epiglotis, bengkakpada saluran pernafasan yang mengakibatkan saluran pernafasan tersumbat dan bolehmenyebabkan kematian.

Komplikasi lain seperti ketidakupayaan, pekak atau kerosakanotak yang kekal. Hampir 10% daripada kanak-kanak ini mati dan 30% lagi mengalamikecacatan otak yang kekal, buta, pekak, Cerebral Palsy dan masalah pembelajaran atau tingkahlaku. Penyakit Hib dan Hepatitis B BUKANLAH satu penyakit yang sama. Vaksin pencegah Hepatitis B adalah disebut vaksin Hepatitis B manakala vaksin penyakit Hib adalah disebut vaksin Hib. Penyakit Hib kerap berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Risiko jangkitan adalah paling tinggi di kalangan kanak-kanak berumur di bawah 1 tahun. Penyakit ini jarang berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas. Pergaulan rapat dengan kanak-kanak yang dijangkiti Hib meningkatkan risiko mendapat penyakit Hib. Bakteria Hib disebarkan melalui titisan ketika bersin atau batuk oleh mereka yang dijangkiti penyakit Hib. Penyakit ini juga boleh merebak melalui perkongsian barang permainan yang dimasukkan ke dalam mulut. Walaupun bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya akan mendapat perlindungan daripada penyakit Hib, imunisasi masih diperlukan untuk mendapatkan perlindungan yang maksima.
  • Measles (Campak) - vaksin Measles, vaksin MMR (kombinasi measles,mumps, rubella)
Measles adalah penyakit yang disebabkan oleh virus Measles. Penyakit ini bolehmenjangkiti sesiapa sahaja. Pada amnya orang ramai melihat penyakit ini sebagai penyakityang tidak serius tetapi pada hakikatnya penyakit ini boleh mengakibatkan komplikasiyang teruk seperti radang paru-paru, jangkitan otak (encephalitis), sawan, jangkitantelinga yang boleh menyebabkan pekak, jangkitan pada mata dan jika tidak dirawat bolehmenyebabkan buta serta kematian. Kematian kerap berlaku di kalangan kanak-kanak.
  • Beguk (Mumps) - vaksin MMR (kombinasi measles, mumps, rubella)
Mumps disebabkan oleh virus Mumps. Tanda-tandanya adalah bengkak pada kelenjar airliur (parotid). Mumps adalah salah satu penyebab radang selaput otak. Pada kanak-kanaklelaki, mumps boleh menyebabkan radang buah zakar yang mana boleh mengakibatkankemandulan. Selain itu, mumps juga boleh mengakibatkan jangkitan otak dan pankreasserta pekak.

  • Rubella - vaksin MMR (kombinasi measles, mumps, rubella)
Rubella adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Rubella. Penyakit inidianggap ringan tetapi kesannya pada ibu mengandung yang tidak pernah menerimaimunisasi rubella akan menjadi serius terutama sekali pada kandungan trimester pertamayang boleh mengakibatkan kecacatan bayi yang dikenali sebagai Congenital RubellaSyndrome. Ini termasuk katarak, buta, pekak, jantung berlubang, terencat tumbesarandan terencat akal.

Fakta Dan Salah Faham Mengenai Imunisasi

Salah faham mengenai imunisasi bukanlah perkara baru. Justeru itu, adalah penting bagikakitangan kesihatan berpengetahuan dan arif agar dapat mengatasi keraguan dan salahfaham yang timbul.

Imunisasi tidak berkesan.
Jika imunisasi tidak berkesan, maka negara kita akan menghadapi wabak pelbagai jenis penyakit berjangkit. Tidak semua individu mempunyai sistem daya tahan melawan penyakit dan tidak ada cara terbaik untuk kita mengenalpasti individu tersebut. Maka adalah penting setiap individu diberi imunisasi lengkap supaya semua individu mendapatperlindungan sepenuhnya.

Anak saya tidak memerlukan imunisasi kerana penyakit berjangkit tidak selalu berlaku.
Tidak benar - Imunisasi adalah penting untuk mempastikan anak anda sihat. Masih lagiterdapat penyakit berjangkit di Malaysia.

Anak saya boleh dilindungi dari penyakit berjangkit dengan menjauhi diri mereka daripada kanak-kanak yang lain.
Adalah tidak wajar dan tidak digalakkan untuk mengasingkan anak anda. Sebenarnyabakteria/virus ini bukan hanya dibawa atau disebar oleh kanak-kanak bahkan juga orangdewasa. Contohnya, bakteria tetanus yang terdapat di dalam tanah juga dapat menjangkitikanak-kanak melalui luka ringan yang sekaligus menyebabkan risiko mendapat penyakit tetanus.

Imunisasi adalah tidak selamat – risikonya lebih tinggi berbanding penyakit itu sendiri.
Tidak benar - Imunisasi adalah selamat. Kesemua vaksin telah diuji keberkesanan dan keselamatannya. Tahap kesan tindakbalas sampingan terhadap imunisasi telah diuji dan pemantauan berterusan dijalankan walaupun vaksin itu telah diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab dan juga Kementerian Kesihatan. Telah sedia maklum kebanyakan imunisasi menimbulkan kesan sampingan yang ringan kepada kanak-kanak tetapi ini adalah jauh lebih baik daripada mendapat penyakit itu sendiri.

Soalan Yang Kerap Ditanya
Apa Itu Imunisasi

Imunisasi adalah satu cara melindungi kanak-kanak daripada beberapa penyakit tertentu secara mudah, selamat dan berkesan. Ini dilakukan melalui pemberian vaksin bagi pembentukan antibodi untuk membina daya ketahanan badan. Vaksin adalah virus/bakteria yang mati atau dilemahkan dan diberikan secara suntikan atau melalui mulut.
Imuniti (daya tahan) boleh diperolehi melalui 2 cara: Aktif – Antibodi diperolehi hasil daripada jangkitan penyakit berkenaan. Pasif – Antibodi diperolehi melalui imunisasi.

Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah Melalui Imunisasi

Penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi adalah:
  • Tibi
  • Hepatitis B
  • Polio
  • Difteria
  • Pertussis (Batuk kokol)
  • TetanusMeasles (Campak)
  • Mumps (Beguk atau bengkak di belakang telinga hingga ke dagu)
  • Rubella
  • Penyakit Hib (Haemophilus influenza type b)
Komplikasi Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah
  • Tibi (Tuberculosis): Tibi mengakibatkan radang paru-paru, radang selaput otak, jangkitan pada organ lain seperti usus, tulang, sendi serta buah pinggang dan boleh membawa maut.
  • Hepatitis B: Hepatitis B boleh menyebabkan penyakit hati kronik (chronicliver disease) dan kanser hati.
  • Difteria: Difteria boleh mengakibatkan sukar bernafas, masalah jantung dan saraf.
  • Pertussis (batuk kokol): Pertussis menyebabkan radang paru-paru, epilepsi dan boleh membawa maut.
  • Tetanus: Tetanus boleh mengakibatkan kekejangan otot yang membawa kesakitan yang kuat, kesukaran bernafas dan boleh membawa maut.
  • Polio: Polio boleh menyebabkan lumpuh dan mengakibatkan ketidakupayaan fizikal atau kematian.
  • Penyakit Hib: Penyakit Hib boleh menyebabkan radang paru-paru, radang selaput otak, pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglottis yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.
  • Measles (campak): Measles boleh mengakibatkan komplikasi seperti radang paru-paru, radang selaput otak (meningitis), radang otak (encephalitis), pekak, buta, cirit-birit dan kematian.
  • Mumps (beguk): Mengakibatkan radang otak (encephalitis), radang buah zakar (orchitis) yang boleh membawa kemandulan.
  • Rubella: Biasanya penyakit yang ringan bagi kanak-kanak dan dewasa tetapi Rubella pada ibu yang mengandung boleh mengakibatkan bayi dilahirkan cacat seperti katarak (buta), pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal. Kecacatan ini dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.
Mengapakah Anak Saya Perlu Diberi Imunisasi
Anak anda perlu diberi imunisasi untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi. Penyakit-penyakit ini boleh mengakibatkan komplikasi teruk dan membawa maut.
Bilakah Saya Perlu Membawa Anak Saya Untuk Imunisasi
Bawalah anak anda untuk mendapatkan imunisasi mengikut Jadual Imunisasi Baru Kementerian Kesihatan Malaysia. Adalah penting untuk melengkapkan imunisasi anak anda mengikut jadual imunisasi baru.
Adakah Terdapat Kesan Sampingan Imunisasi

Imunisasi adalah SELAMAT
Kesan sampingan yang berlaku biasanya ringan dan tidak berbahaya berbanding jika dijangkiti atau mendapat komplikasinya
Kesan sampingan yang teruk seperti demam (lebih daripada 38ºC), ruam diseluruh badan dan sawan tarik jarang berlaku

Sekiranya terdapat tanda kesan sampingan bawalah anak anda ke klinik/hospital dengan segera.
Bolehkah Lebih Daripada Satu Imunisasi Diberi Dalam Satu Masa

Ya, boleh. Lebih daripada satu imunisasi boleh diberi dengan selamat dalam masa yang sama. Imunisasi perlu diberi di tempat berlainan seperti kedua-dua paha atau bahu.
Bolehkah Imunisasi Diberikan Semasa Anak Saya Sakit
Imunisasi boleh diberikan kepada anak anda yang mengalami sakit ringan seperti demam, jangkitan telinga, batuk dan selsema.
Bolehkah Imunisasi Diberikan Jika Anak Saya Dilahirkan Pramatang
Ya, anak anda boleh diberikan imunisasi mengikut jadual imunisasi yang ditetapkan walaupun dilahirkan pramatang.

You Might Also Like

0 comments