Suplemen Dalam Penyusuan Ibu
September 11, 2014Seandainya anda mengambil suplemen untuk penyusuan, anda hendaklah faham bahawa vitamin bukanlah satu cara utk memperbanyakkan susu ibu. Vitamin diambil bagi memastikan tubuh ibu menyusu sentiasa sihat, bertenaga, cergas dan bersemangat. Secara tak langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja.
Kejayaan penyusuan ibu bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlu difahami terlebih dahulu iaitu :-
- lebih kerap menyusukan si manja
- lebih kerap sesi perahan susu maka lebih banyak susu dihasilkan
Pengambilan vitamin akan memebri kesan yg ketara dalam dunia penyusuan sekiranya anda memenuhi keperluan dibawah dengan oenuh disiplin dan konsisten.
- si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung atau bagi ibu yg bekerja, sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
- si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang 3 liter sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penysuan lengkap buat si manja
- si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengn Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi Muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketengangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar
0 comments