Tips Banyakkan Susu Ibu : 9 Minit Pam = 5oz

October 15, 2014

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

pam 9 minit dapat 5oz ASI

Semalam, tergerak hati untuk berkongsi keterujaan saya apabila berjaya pam susu dengan banyak dalam masa yang singkat. Hanya dari sebelah cik B, dapat 5oz dalam masa 9 minit sahaja. Ibu mana yang tak teruja dan gembira kan. Susu banyak, masa singkat. Jimat masa. Terutama bagi ibu bekerjaya seperti saya. Masa adalah nyawa. Suatu ketika dulu, masa saya menyusukan anak sulung, saya pernah pam selama sejam, tapi hasilnya, 5 oz pun tak sampai. Kecewa dan sedih jugak. Buang masa rasanya. Kadang-kadang saya rasa putus asa.

Masa tu jugak terbayang wajah anak sambil menangis. Bila kenangkan dia, terus bersemangat balik nak pam. Tapi saya usaha jugak untuk cari penyelesaian. Mesti ada sesuatu yang boleh bantu saya. Apa sahaja yang dicadangkan, saya akan cuba sampai berjaya. Alhamdulillah,  saya mampu menyusukan anak sulung, Nur Hadfina Auni selama 2 tahun 1 bulan setelah saya consume set penyusuan ibu, dengan izin Allah s.w.t .

Apabila disahkan hamil anak ke-2, saya masih teruskan breastfeed Auni. Lebih kurang umur dia 2 tahun 1 bulan, bila saya menyusukan dia, saya rasa cam menyengat kat perut, lebih tepat bahagian rahim. Saya ingatkan perkara biasa. Mula bertanya pendapat kawan-kawan. Saya ada minta nasihat jururawat semasa buat check-up kehamilan.

" itu tanda rahim sedang mengecut, puan kene berhenti breasfeed anak untuk elakkan risiko keguguran " 

Saya berhenti menyusukan dia atas sebab-sebab kesihatan dan terutama sekali, untuk baby yang dikandung.

Semasa hamil anak ke-2, saya consume vitamin ibu hamil. Alhamdulillah, kehamilan saya kali ke-2 berjalan dengan lancar dan saya sihat segar bugar. 100% berbeza dengan kehamilan pertama, saya alahan teruk sehingga saya terpaksa ambil cuti tanpa gaji.

Selepas bersalin, dalam pantang saya juga amalkan Set Bersalin Shaklee, sebab saya tak suka jamu. Saya masih guna rempah ratus dan akar kayu, tapi untuk kesihatan luaran sahaja seperti herba mandian dan untuk sapu pada perut. Bengkung dan tungku, tetap buat seperti biasa.

Untuk menjayakan penyusuan eksklusif untuk bayi ke-2 ini, saya teruskan dengan set penyusuan ibu. Dengan tips yang betul, hasilnya susu sangat banyak. Nak tahu apa rahsia saya dan tips yang saya amalkan untuk hasilkan susu ibu yang mencurah-curah? Teruskan pembacaan anda. hehehehe..


status yang saya post di grup Facebook, BARANG BABY AJE
setakat yang saya print screen , lebih kurang 307 likes, dan lebih kurang 461 komen minta PM dan lain-lain

Saya tak sangka ramai pula yang nak tahu TIPS rahsia saya tu. Maka, untuk memudahkan semua orang, saya share di blog ini.

Semalam, ramai jugak yang saya sempat reply dan ada yang tak sempat. minta maaf sekali lagi. Saya akui kekhilafan saya itu. ampunn !

Sini saya share apa yang saya amalkan. Memandangkan saya masih bercuti dan 24-7  bersama bayi saya yang berusia 4 bulan tu, saya share tips untuk surirumah. Bagi ibu yang bekerjaya, jangan risau. saya juga akan share tips untuk anda. Saya juga ibu bekerjaya dan pernah angkut breastpump, cooler bag dan botol susu ke hulu ke hilir. (precious memory).

Oh ya, semalam ada antara mommies yang PM, adalah ibu hamil. Katanya sebagai persediaan untuk terima bayi baru. Ok, saya juga tidak akan lupakan anda. hehehe..

RAHSIA BESAR saya,  amalkan milk booster Shaklee : ESP Soy Protein dan Alfalfa Complex

Minum ESP bersama 4 atau 5 biji Alfalfa, selepas pam atau menyusu bayi. Pastikan breast betul-betul kosong. Sebelum ambil alfalfa complex, mesti makan terlebih dahulu supaya vitamin mudah hadam. Amalkan 3x sehari. Suplemen ini amat membantu saya untuk boost susu ibu. Sementelah lagi, saya agak sibuk dengan urusan harian dan kerjaya di rumah. Masa adalah sangat penting bagi saya, kerna setiap saya adalah berharga. Saya tak mahu buang masa hanya dengan mengepam susu yang hanya boleh penuh setelah sejam? Apa yang saya buat?

dalam shaker tu, saya bancuh 1 sudu besar ESP + hot coklat

Awal pagi : selepas bangun tidur, sebelum solat Subuh, saya akan minum segelas ESP + hot coklat ( bancuh suam )
Selesai solat, saya akan pam sementara bayi saya masih tidur. Saya akan makan benda yang ringan seperti roti atau biskut, dan akan ambik 3 atau 4 biji Alfalfa Complex. Saya akan minum 1 liter air kosong dan habiskan sehingga waktu Zohor.

Bayi saya akan bangun tidur , dan saya akan menyusukan dia seperti biasa. Selepas menyusu, saya akan pam sekali lagi.

saya guna botol air Tupperware ni...saiz 1.5 liter..ni gambr google..nampak cantik sikit..yg saya punya dah buruk, malu nk masuk blog..hihihihi


Tengahari : sebelum lunch, saya akan minum segelas ESP + hot coklat. Kemudian saya makan nasi seperti biasa. Selepas 15 minit sesudah makan nasi, saya akan telan 3 atau 4 biji Alfalfa. Selang masa ini, baby saya akan bangun tidur dah. Saya akan menyusukan dia seperti biasa. Selepas selesai dia menyusu, saya akan pam jugak. Walaupun susu sikit, saya tetap pam untuk pastikan breast kosong secara efektif supaya dapat hasilkan lebih banyak susu. Saya akan sediakan satu botol air 1 liter, dan akan habiskan sebelum menjelang petang/malam.

Petang/Malam : selepas makan malam, saya akan telan 4 atau 5 biji Alfalfa. dan saya refill air kosong 1 liter, dan akan habiskan sehingga malam. Sebelum tidur, saya akan minum segelas ESP + hot coklat. Saya menyusukan bayi seperti biasa. Dan akan pam jugak selang masa yang ada.

Pagi ketika ramai orang dibuai mimpi : ibu menyusu ni, memang kene sabar, kene kuat dan kental..cewwahh..hehehe..masa orang lain tengah seronok tidur diulit mimpi, kita kene bangun lah sekejap untuk pam susu. Kenapa? pada waktu pagi, hormon susu adalah tinggi. Tambah lagi awal malam saya dah minum ESP dan makan Alfalfa. 


Untuk mommies yang surirumahtangga/bekerja di rumah/bekerja bersama-sama baby, boleh apply tips dan jadual saya tadi.

Ohh ya,..jenis pam tak mempengaruhi kuantiti susu badan yang diperah. Asalkan pam itu tidka menyakitkan anda dan anda selesa menggunakannya walaupun pam manual..sepanjang saya breasfeed baby, 3 jenis pam saya dah guna iaitu pam manual medela harmony, pam elektrik spectra 3 dan sekarang, medela freestyle.

Bagi mommies yang bekerja, pastikan masa 8 jam di pejabat, pam sekurang-kurangnya 2x. Jika ada masa, pam 3x pun lagi bagus.
Katakan mommies keluar rumah untuk ke pejabat pada jam 6.00 pagi, Ada mommies yang tidak memandu, boleh menyusu bayi direct sebelum hantar ke nursery. ada juga mommies yang memandu sendiri.

Bagi mommies yang memandu sendiri, pastikan jam 9 pagi atau 10 pagi, curi masa untuk pam walaupun sekejap. At least ada demand dan breast sedia untuk produce susu. Selepas pam, boleh minum ESP dan ambik Alfalfa (pastikan makan pagi yea). Kemudian, pam lagi sekali sewaktu rehat. Selepas lunch, boleh minum ESP dan ambik Alfalfa sekali lagi. Sebelum ambik ESP dan Alfalfa, pastikan masa untuk breastfeed bayi atau masa untuk pam tidka lebih dari 3 jam atau paling lama 4-5 jam. Saya risau breast kaan bengkak dan mommies semua terkena clog duct.

Oh yea,minum ESP sebelum makan akan buatkan kita kenyang. So, bila nk menjamu nasi tu, kita akan makan sikit je, atau takkan makan langsung...sebab dah kenyang dengan ESP. Makanya, bonus lah untuk mommies yang nak kurus kan.......

Tips untuk preggy mommies, saya syorkan anda amalkan vitamin pranatal seperti B-Complex, Vitalea, Ostematrix, Vitamin C dan ESP..... dan jangan lupa, tanamkan awal-awal niat untuk menyusukan bayi kerana Allah s.w.t ..dalam Al-Quran pun ada menyebut tentang penyusuan bayi sehingga 2 tahun.... 3 benefit kita dapat..keredhaan Allah, bayi yang sihat dan diri kita sendiri pun semakin sihat...badan nak pakai lama kan? hihihihi...

Oppppss, jangan lupa yea...milk booster ni membantu sahaja..selebihnya usaha kita yang lain..paling penting, mommies kene amalkan power pumping...camna nak buat power pumping? saya ada share kat entry sebelum ini...boleh klik SINI . kalau boleh buat power pumping setiap hari, jangan skip selama seminggu berturut-turut. Susu sikit atau banyak, atau tak keluar langsung, teruskan jugak. Tujuan power pumping ni adalah untuk merangsang breast untuk produce lebih banyak susu. Konsep penting breastfeeding adalah deman dan supply..jika ada demand, maka akan ada supply....betul tak?

Analogi yang senang saya suka gunakan, contoh : kilang kereta. jika ada demand daripada pelanggan, barulah syarikat pengeluar kereta akan mengeluarkan lebih banyak kereta bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Jangan lupa minta doa daripada si Dia, Allah s.w.t..rezeki dari Dia kan? Mommies boleh amalkan doa ini, boleh tengok di SINI

Ok, ini sedikit tips dari saya yang saya selalu amalkan..dan hasilnya memang superb ! Alhamdulillah, rezeki anak ke-2 saya....Nur Humayraa Nadra binti Muhamad Hamdi

berat semasa lahir, 3 kg
umur 3 bulan , berat Humayraa 6.1kg

Nur Humayraa Nadra binti Muhamad Hamdi


You Might Also Like

4 comments