Khasiat Susu Ibu

October 15, 2014



Adakah mama-mama di luar sana tahu apakah khasiat susu ibu???


Penyusuan susu ibu perlu diberikan secara eksklusif, kerana bayi akan memperoleh kebaikan yang banyak, jika dia disusui secara eksklusif. Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud, bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.

Untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan dicapai, ibu hendaklah mengamalkan perkara-perkara seperti yang berikut :
Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiranbayi.
Penyusuan eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makan atau minuman walaupun air masak.
Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung pada permintaan bayi.
Tidak memberikan sebarang botol atau puting tiruan kepada bayi dalam tempoh enam bulan pertama.
Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut

Manakala susu ibu pula bersesuaian untuk bayi yang memerlukan perkembangan otak yang optimum. Bayi yang dilahirkan sebagai insan yang tidak berdaya, memerlukan perhatian rapi ibunya untuk jangka masa yang panjang sebelum dia dapat berjalan. Susu ibu berubah mengikut perkembangan dan keperluan bayi. Kandungan susu ibu tidak akan dapat ditiru sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi moden dalam makmal atau kilang.

Penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu. Kesan baik ini bukan hanya dirasai ketika bayi masih kecil, namun ianya berkekalan di sepanjang hayatnya. Kebaikan ini meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi, dan juga pembentukan peribadi seorang anak. Penyusuan juga merupakan langkah yang praktikal bagi keluarga, kerajaan dan masyarakat untuk menjimatkan wang.


KOLOSTRUM CECAIR EMAS



Pada hari-hari pertama kelahiran bayi, ibu akan menghasilkan susu yang di panggil kolostrum. Ia juga dikenali sebagai ‘ cecair bernilai emas’ kerana warnanya yang kekuningan ini merupakan pembekal imuniti pada seluruh tubuh bayi anda. Ia makanan dan minuman ajaib yang memberi kekebalan terhadap virus, bakteria dan kuman yang berada di udara sebaik sahaja dilahirkan. Kajian – kajian klinikal telah menunjukkan bahawa SIgA yang terdapat di dalam susu ibu mampu untuk melawan kuman seperti Vibrio cholerae (kuman untuk penyakit taun), enterotoksigenik E. Coli, Campylobacter, Shigella dan Giardia lamblia. Kuman – kuman tersebut biasanya yang menyebabkan keracunan makanan pada manusia. SIgA mampu melindungi bayi daripada serangan cirit – birit yang disebabkan oleh kuman – kuman tersebut. Begitulah istimewanya SIgA yang hanya terdapat di dalam susu ibu.


KEAJAIBAN KOLOSTRUM



Menurut petikan daripada Kokurikulum Panduan Pengurusan Laktasi PPUM, KL antara kandungan kolostrum adalah seperti berikut:
  • Tinggi protein, vitamin larut lemak (ADEK), zink dan sodium 
  • rendah laktosa (4%), lemak dan vitamin larut air (vitamin B kompleks dan vitamin C) 
  • tinggi vitamin K, penting bagi menggelakkan HDN ( Haemorhagic Disease of Newborn) 
  • Imunoglobulin (SigA) yang tinggi 
  • Imunisasi pasif yang pertama bagi bayi 
  • pelawas ‘laxative’. Ia mengalakkan pembuangan mekonium dan mengelakkan bayi daripada dijangkiti Jaundis Neonate 
  • mempunyai faktor ‘bifidus’ bagi mengelakkan pembiakan koloni ‘ lakobacillus bifidus’. Koloni bakteria ini menyebabkan keadaan usus berasid dan ini menyebabkan keadaaan usus berasid dan ini mengelakkan pembiakan koloni patogen E-Coli 
  • mempunyai enzim lipase, laktase, lisozim dalam keadaan aktif 
  • mempunyai anti oksida dan beta karotena yang penting untuk pembiakan sel-sel tubuh. 
dipetik dari buku : "Mama Saya Lapar - Wardina Saffiyah"

You Might Also Like

0 comments