DTX Complex sihatkan hati manusia

October 14, 2014





Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. namu, hati mampu membaiki organnya sendiri. hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal untuk membaiki.

Kebanyakan daripada kita ramai yang tidak mengambil berat terhadap kesihatan hati. Tak perlu nak tuding jari kepada sesiapa lah kot yea, sejujurnya saya sendiri tidak pernah terfikir untuk menjaga kesihatan hati. Tahukah anda, apa fungsi hati kepada tubuh badan kita??

fungsi hati

Cuba bayangkan jika hati kita rosak, agaknya bagaimanakah tubuh badan kita hendak menjalani proses-proses penting ini.

Fungsi Hati :

1. Rembesan hempedu ;

  • cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman
  • hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak - ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
  • hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak ; A,D,E,F,K dan membantu mengasimilasikan kalsium
  • hempedu juga membantu menukarkan beta karotena kepada Vitamin A
2. Bertindak sbg Detoksifikasi
  • metabolisme protin dan penapaian bakteria makanan dalam usus  menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati
  • hati mengawal metabolisme protin
  • untuk detoksifikasikan amonia, hati juga menggabunkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia degan bahan-bahan lain yang kurang toksik yg mana bahan-bahan ini kemudiannya akan dikumuhkan dari buah pinggang
  • oleh sebab itu, untuk menjadikan hati berfungsi dengan betul pastikan buah pinggang juga sihat dan mampu memainkan peranannya dengan baik
3. Mengawal Paras Gula Dalam Darah
  • hati akan menukarkan tiroksina - hormon tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif
  • penukaran yang tidak mencukupi boleh menyebabkan hipotiroidisme
  • hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukosa) drp kromium dan glutation
  • GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
  • gula yg berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kenudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
  • hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin
4. Penting Dalam Metabolisme Lemak
  • penting di dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein dan phospholipid dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga
  • di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan

perbezaan hati yang sihat dengan hati yang tidak sihat

Shaklee ada jalan penyelesaiannya untuk menjadikan hati kita semakin sihat. Hati kat dalam tubuh, kita pun tak tahu apa dan bagaimana keadaan hati kita jika tak jaga dari sekarang kan.

DTX Complex Shaklee ( 90 caplets )
Harga Runcit : RM 155.00


Kenapa jenama Shaklee ?? Apa yang membezakan DTX Complex Shaklee dengan jenama lain??
  • kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee iaitu ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula se-sel hati
  • DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. 
  • DTX Complex juga mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak drp Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak drp dandelion, kunyit dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)


You Might Also Like

0 comments