Cara Untuk Hamil
October 27, 2014
Lumrah
bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat.
Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang
tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin
misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman-teman semua dah bertiga,
berempat.. kita masih berdua.
Punca Sukar Hamil
Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita;
- Tiub fallopian tersumbat~ Endometriosis~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)~ Masalah hormon~ Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur~ Menopous sebelum waktunya~ Masalah tiroid~ Fibroid
- Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual~ Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma~ Menghidap hernia~ Gangguan hormon~ Salur sperma tersumbat~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb
Penyebab-penyebab dari faktor luaran (lelaki dan wanita) ;
- Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
- Stress dan tekanan
- Pemakanan yang tidak sihat
- Kekurangan zat
- Amalan merokok atau meminum alkohol
- Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
- Terdedah kepada pencemaran
- Terlalu kurus atau terlalu gemuk
Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.
- Bersenam - Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.
- Mengelakkan pencemaran - Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok
- Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan
Cadangan suplemen untuk kesuburan suami isteri
Vita-Lea (multivitamin)
- kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.
- Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.
B-Complex (asid folik)
- Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
- Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma
Sustained Release Vita-C Plus 500mg
- Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
Vita-E Complex
- bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan.
- Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi.
- Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
- Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.
Zinc Complex
- membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.
GLA Complex
- mengandungi Omega-6 yang amatdiperlukan oleh ovari dan sistem reproduksi wanita.
- seimbangkan hormon untuk melancarkan kitaran haid
- membantu meningkatkan kesuburan dengan cara membentuk persekitaran rahim yang sihat dan optimum untuk persenyawaan dan membantu menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan
Adakah perlu ambil kesemua suplemen ini?
Anda tidak perlu mengambil kesemua diatas..ini adalah cadangan sahaja untuk tujuan kesuburan. Namun begitu, kami akan mencadangkan suplemen yang sesuai mengikut sejarah kesihatan anda setelah dapat nasihat daripada doktor anda. Bagi kes-kes yang tiada masalah besar, boleh cuba suplemen kesuburan Shaklee.
Cadangan Set Kesuburan Asas
ehsan mr.google
Untuk Isteri : GLA Complex, Vita-lea (multivitamin), B-Complex (asid folik)
0 comments