Collagen Powder Shaklee ~ Kolagen Terbaik Untuk Awet Muda, Kulit Anjal Dan Cantik Berseri
July 10, 2014
Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen daripada keseluruhan 100,000 jenis protein yang terdapat di dalam tubuh badan kita. dan ia terdapat dalam kulit, tulang, otot, tisu badan, tendon dan tulang rawan. Ia terdiri dari asid amino. Kolagen adalah penting untuk keanjalan kulit dan sebagainya. Dengan peningkatan usia, pengeluaran kolagen semakin berkurangan menyebabkan kulit menjadi semakin nipis, kurang elastik, kering dan berkedut. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.
Penghasilan kolagen berkurang dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Kesannya semakin tua kita, semakin berkurangan kolagen di dalam badan kita.
Pada bahagian kulit, kolagen terletak di bahagian dermis. Peranan kolagen dalam mempengaruhi ketegangan kulit dan berperanan sebagai agen ‘anti-aging’ dapat dilihat di gambar di bawah. Perhatikan bagaimana kekurangan kolagen seiring dengan peningkatan usia menyebabkan garisan kulit dan kedut mula kelihatan.
Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
Shaklee RSS Colagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas menggunakannya selama 8 minggu, hasil menunjukkan tekstur kesleuruhan kulit menjadi lebih baik meningkat sebanyak 71%
Melalui kajian klinikal, pengambilan produk Collagen Powder Shaklee selama 8 minggu secara teratur mampu memberi tindak balas berikut :
Kesan kekurangan kolagen, kita dapat lihat dan rasai dengan ketara.
Oleh kerana tubuh badan manusia tidak boleh menghasilkan kolagen dengan sendiri, maka kita terpaksa mengambil kolagen dari sumber luar. Terdapat 3 cara mengambil kolagen iaitu melalui suntikan, makanan atau krim. Namun, sejauh manakah keberkesanannya?
Melalui suntikan adalah paling popular terutama dikalangan artis, dalam negara kita mahupun luar negara. Pernah juga kes sehingga menyebabkan kematian apabila tersilap langkah. Sebelum anda buat keputusan untuk mengambil suntikan kolagen, fikir secara mendalam dan jangan terburu-buru.
Apa pendapat anda?
Dan kolagen yang diambil secara oral lebih cepat keberkesanannya dan pilihlah kolagen terbaik, tulen dan berkualiti tinggi.
Sumber kolagen boleh didapati daripada 3 sumber iaitu ikan, haiwan seperti lembu, ayam dan khinzir ataupun daripada sumber ikan. Bagaimanapun, kolagen daripada sumber ikan adalah yang terbaik kerana ia lebih mudah diurai oleh enzim maka lebih mudah diserap oleh badan.
Kenapa perlu pilih sumber collagen dari Ikan?
Sumber Ikan- Sisik ikan (red snapper-ikan merah) mengandungi jumlah kolagen yang sangat tinggi sehingga 4000mg kolagen
- Jisim Molekulnya rendah, jadi memudahkan penyerapan, mudah dicerna dan diserap utk digunakan pada tubuh kita.
- Kurang kontaminasi kerana Shaklee memang sangat menjaga sumber-sumber bahan mentah untuk menghasilkan setiap produknya
- Biasanya kolagen yang diambil dari kulit lembu atau kulit ayam
- Risiko untuk mendapat kontaminasi tinggi, sebagai contoh lembu mudah diserang penyakit lembu gila dan ia boleh berjangkit kepada manusia
- Kebanyakkan kolagen dari tumbuh-tumbuhan telah diubah suai genetiknya dan tidak natural
- Susah untuk diserap oleh tubuh badan kita.
Kolagen Terbaik, Tulen Dan Berkualiti Tinggi
Collagen Powder Shaklee
Net Weight : 75g
Servings : 5g x 15 sachets
Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.
Kenapa Shaklee memilih sisik ikan merah untuk menghasilkan Collagen Powder ?
- ia merupakan sumber kolagen yang lasak - ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 paun, bertelur dan hidup bebas dlam lautan dalam dan ini menjadikan ia sumber kolagen yang sangat lasak
- sangat elastik
- kepaduan sel yang sangat tinggi
- tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan otot dan sel
- jisim molekul yang sangat rendah
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
* Berat molekul diukur dalam unit Dalton
* Berat molekul diukur dalam unit Dalton
Secara ringkasnya, bahan-bahan ini mampu :-
- Menyokong produksi kolagen untuk meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelembutan kulit
- Mengecilkan liang-liang pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan
- Kulit lebih putih dan licin
- Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar
- Membantu menegang dan menganjalkan payudara
Faedah Tambahan kolagen : menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.
Manfaat Kolagen
- Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.
- Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.
- Mencantikkan kuku dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.
- Menegangkan payudara - Payudara terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.
- Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.
- Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.
- Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.
Shaklee RSS Colagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas menggunakannya selama 8 minggu, hasil menunjukkan tekstur kesleuruhan kulit menjadi lebih baik meningkat sebanyak 71%
Melalui kajian klinikal, pengambilan produk Collagen Powder Shaklee selama 8 minggu secara teratur mampu memberi tindak balas berikut :
- Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
- Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
- Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
- Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
- Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
- Meningkatkan keanjalan, ketegangan, dan elastisiti sehingga 55%
- Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
- Meningkatkan keserian, ton dan warna kulit sehingga 50%
- Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%
0 comments