Sambung Semula Penyusuan Ibu Yang Terhenti

November 13, 2014


Sejak kebelakangan ini, dah ramai ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi mereka. Alhamdulillah !!
Itulah yang diperjuangkan kami sebagai pengedar Shaklee...kami ingin membantu ibu-ibu terutama yang mengalami masalah susu berkurang. Tak semua ibu bertuah dan dikurniakan susu yang banyak...ramai lagi diluar sana yang mengalami masalah tiada susu langsung, sehinggakan mereka berfikiran,

 "ooo aku memang tak der susu....". 

Di sini lah peranan kami, untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee dalam membantu penyusuan ibu...buat ibu-ibu yang menidakkan pertolongan kecil ini, itu hak anda, kerana anda adalah insan bertuah dikurniakan susu yang banyak tanpa suplemen...Alhamdulillah !

Tapi jangan sesekali berasa angkuh dengan kurniaan itu dan memperlekehkan orang lain kerana hidup kita tak selalu indah dan tak selalu bernasib baik..

Entry sebelum ini, saya ada cerita tentang RELAKTASI, iaitu sambungan semula penyusuan yang terhenti

Al-Quran banyak menceritakan perihal susu ibu, betapa besar pahala dan ganjaran kesihatan buat anak dan ibu...jadi, kalo ada yang mengadu, "saya memang tak der susu", ooo please laaa, jangan kata cam tu...berhati-hati dengan apa sahaja yang kita fikirkan....apa yang kita fikir, itu yang akan jadi..ia mempengaruhi kehidupan seharian.

Buat ibu yang sedang hamil pula, pasangkan niat dan tanamkan azam dari sekarang untuk menyusukan bayi anda. InshaAllah, akan dipermudahkan kerana niat yang baik itu. Dan mulakan lah pemakanan seimbang serta sihat demi memastikan badan kita bersedia fizikal dan mental untuk menghasilkan lebih banyak susu. Dan saya amat syorkan pengambilan VITAMIN IBU HAMIL dari mula anda disahkan hamil.

Banyak juga kes dimana, ibu ingin sambung semula penyusuan bayi selepas ambik keputusan nak berhenti bila susu tak ada, atau istilah lain, kering.....
Soalan yang biasa saya terima, " saya dah berhenti menyusu anak,.. anak dah pun masuk 6 bulan. boleh ker saya sambung balik menyusu anak yea?? Shaklee boloh tolong ker??
Selain bantuan daripada suplemen Shaklee untuk ibu menyusu, antara perkara lain yang anda perlu lakukan ialah ;

  • YAKIN bahawa susu ada ( mind set amat penting )
  • pujuk bayi untuk penyusuan direct dari breast. pada peringkat awal, ia agak susah untuk bayi sesuaikan diri..tapi mommy harus sabar yea, jangan mudah give up.
  • kerap lakukan POWER PUMPING
  • kerap pam, sekurang-kurangnya 2 atau 3 jam sekali
  • jaga pemakanan, elakkan minuman ais, bergas dan kafein
  • banyakkan makan buah kurma
  • banyakkan minum air kosong ( air suam lebih baik )
  • amalkan makanan berkuah seperti sup
  • biasakan cuci nipple payudara untuk elakkan tersumbat dek susu basi ( cuci dengan kain lembut )
Bagi ibu bekerjaya, mungkin sedikit susah nak minum banyak air kosong. Cuba tips ini;
  • letakkan 1 botol air kecik, labih kurang 1liter atas meja, workstation anda..letak depan mata, so sentiasa nampak botol air..
  • atau minum 1 gelas air sebelum dan selepas solat. 5 waktu, 10 gelas air dah kan....tak termasuk minum air sebelum dan selepas makan pulak..:)
Semoga Berjaya !


You Might Also Like

0 comments