Sabun Pencuci Botol Susu Bayi

November 30, 2014

Dalam keadaan ekonomi yang semakin 'menggila', banyak perkara yang perlu difikirkan untuk berjimat cermat. Dari sekecil-kecil perkara, hingga ke perkara yang lebih besar.

Kita jangan tengok amaun besar sahaja. Perkara kecil juga perlu diambilkira. kalau tak belajar untuk berjimat, akan memberi kesan kepada perkara yang lebih besar. Betul ke betul?

Langkah Pertama Untuk Belajar Berjimat


Cuba anda semak balik, sabun pencuci yang anda gunakan untuk mencuci segala benda yang ada di rumah. Sabun mencuci botol susu anak, sabun pencuci pinggan mangkuk? Pencuci botol susu anak, jenama lain. Sabun mencuci pinggan mangkuk, sabun jenama lain pulak. Betul tak?

Jadi, saya nak ajak anda berjimat dengan menggunakan hanya satu jenis pencuci untuk semua jenis basuhan termasuk cuci botol susu bayi anda.

Sabun Pencuci Botol Susu Bayi Yang Jimat



Sebotol hand dish wash ni, ada 473ml cecair yang sangat pekat. Cara guna , hanya letak beberapa titik hand dish wash ini ke dalam sebekas air. Sebotol ini anda boleh berjimat berbulan-bulan lamanya dan boleh mencapai setahun lamanya. Jimat bukan !

Kenapa Perlu Pilih Hand Dish Wash Shaklee


Ada beberapa kriteria yang akan membuatkan ada hanya mahu Hand Dish Wash Shaklee

  • Lembut pada tangan
  • Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki
  • Tidak mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate yang banyak terdapat pada kebanyakan bahan pencuci di pasaran. ( bahan-bahan yang boleh merengsakan kulit dan mata )
  • Tidak toksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya


Cara Guna Hand Dish Wash Untuk Basuh Botol Susu Bayi


1) Rendamkan semua botol dalam satu bekas besar berisi air ( lebih elok menggunakan air suam)
2) Titiskan beberapa titik Hand Dish Wash
3) Ratakan 
4) Gunakan berus untuk mencuci 
5) Bilas





Keselamatan Anak, Tanggungjawab Ibu Bapa


Saya pencinta produk pencuci Shaklee. Kenapa? Bukan sebab saya adalah pengedar. Tetapi kerana ia adalah produk yang bebas kimia dan baik untuk anak-anak saya. Dan, yang paling penting lebih jimat berbanding pencuci Pureen yang pernah saya guna sebelum ini.


i-Sihat keluaran Disember 2013

You Might Also Like

0 comments