Langkah Demi Langkah Penyusuan Susu Ibu

June 05, 2014

Teknik penyusuan yang tidak betul akan membuatkan nipple mudah luka dan melecet..haa, hati2 ya, ini boleh menyebabkan si ibu tidak mahu meneruskan penyusuan susu ibu..dah elok-elok pasang niat dan azam nak menyusukan anak, lain pulak jadi nya..ye tak ?? Entry kali ni, saya akan ceritakan teknik-teknik penyusuan bayi dengan betul. Harap ia dapat membantu ibu-ibu di luar sana.


1. Posisi penyusuan yang baik


Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyakitkan anda dan juga mengecewakan bayi. Berikut adalah cara yang betul:-



sentuh bibir bayi dengan hujung puting sehingga dia membuka mulutnya
biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian aerola (bahagian berwarna coklat)
gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul
selepas menyusu, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untukmenghentikan hisapan

gunakan jari kelingking utk hentikan penyusuan


2. Refleks 'let-down' atau pancutan susu



Refleks 'let-down' adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat sus sebaik sahaja bayi telah berada pada posisi penyusuan yang betul. jika anda tidka mengalami rasa ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan, tiada ruang untuk bersendirian, rasa malu atau cemas tentang penyusuan susu ibu, letih atau sakit.


3. Pilih posisi yang selesa


Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi rasa selesa. tubuh bayi haruslah rapat ke anda dan mukanya bertemu dengan payudara anda. mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus. belakang badan anada juga perlulah tegak, jangan membongkok. gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu.

  • posisi dakapan - merupakan posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu. ia membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memusingkan kepalanya unutk menyusu : 
- kepala bayi berehat di dalam dakapan anda
- sokong belakang badan dan punggung bayi
- lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya

posisi dakapan



  • posisi 'football hold' - posisi ini sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan 'ceaseran', memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi bayi pramatang yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yg serentak. 
- sokong kepala bayi dengan tangan
- gunakan bantal untuk menyokong belakang badan anda


posisi 'football hold'



  • posisi berbaring - cuba posisi ini apabila anda dan bayi terasa letih. jika anda baru pulih daripada pembedahan 'ceaseran', ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama. 
- sokong kepala bayi dengan lengan
- sokong bayi anda dengan lengan atas


4. Beralih payudara


jika boleh, berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara pada setiap kali menyusu. susukan bayi pada satu payudara sehingga dia berhenti menghisap. angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payudara sebelah dan etruskan menyusu sehingga dia kenyang. untuk penyusuan yang berikutnya, mulakan pada payudara yang terasa sarat dengan susu.

5. Sendawakan bayi


sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. dia mungkin termuntah susu, jadi pastikan anda menyediakan tuala. jika dia tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak eprlu disendawakan.

letakkan bayi di bahu anda 
gosok atau tepuk perlahan belakang badannya. 


Jalin Hubungan Dengan Bayi



Tukarkan waktu penyusuan bayi menjadi satu pengalaman yang bermakna dengan mencipta persekitaran yang tepat dan penuh emosi.


Persekitaran penyusuan bayi yang ideal adalah di bilik yang sunyi, hanya anda berdua, jauh daripada sebarang bentuk gangguan. Akan tetapi, ini tidaklah praktikal jika anda mempunyai anak tatih yang masih ligat ke sana ke mari atau anda sering dikunjungi tetamu. Dalam keadaan ini, perkara terbaik yang boleh anda lakukan ialah memberikan tumpuan sepenuhnya terhdapa bayi - bermakna tidka menonton tv, tidak perlu risau tentang apa yang hendak dimasak utk makan malam dan tidak bersengketa dengan suami.


Apa yang lebih penting daripada persekitaran ialah kualiti interkasi bersama bayi sewaktu menyusukannya. Pegang bayi rapat ke anda, dada bertemu dada. Apabila menyusukannya, kekalkan hubungan mata, sellaulah tersenyum dan bercakap dengannya. berikan pujian dan ucapkan kata-kata positif tentang perilakunya menyusu. Gunakan nada suara yang berbeza dengan ebrsenandung atau menyanyi untuknya. Bagi kita sebagai Muslim, hendaklah sentiasa alunkan zikir & alunan ayat A-Quran...^__^

Gerak isyarat yang penuh kasih sayang akan membuat bayi rasa lebih dihargai, selamat dan akhirnya dapat meningkatkan harga diri dan keyakinannya.



sumber : Nutrition Society of Malaysia

You Might Also Like

0 comments