Petua Rawat Chicken Pox Dan Cara Elak Berjangkit Ke Orang Lain Pulak

April 26, 2019



Chicken pox ni semua orang kena. Tak kira budak kecik ke, mak bapak budak. Ikut suka dia nak menempel. Ada orang kata, sekali kena je seumur hidup. Tapi sebenarnya tak. Kalau terdedah dengan orang-orang yang kena chicken pox especially yang menjaga dorang sakit, memang boleh kena. Macam my husband la. Nak dijadikan cerita, mula-mula anak sulung yang kena. 2 minggu jugak la dan masa tu bulan 12. Abah dia yang jaga sebab abah ada cuti banyak lagi. Mama dah habis cuti dah. So kena kerja.

Selepas 2 minggu, kakak dah nak baik, adik pulak kena. Tapi dia kene sikit dan sekejap je. Yang kene teruk, abah dia la. 2 minggu pulak sambung cuti. Memang dapat MC la 2 minggu tu. Haaa sebulan cuti kerja. Syukur jugak masa tu dah hujung tahun. Jadi tak banyak kerja kat pejabat. Dan ramai orang pun bercuti sebab cuti sekolah kan.

Kalau kena chicken pox ni, memang seksa. Bukan pesakit je seksa. Yang menjaga pun seksa. Apatah lagi chicken pox ni sejenis penyakit yang berjangkit. Kena kuarantin kat rumah. Tak boleh dibawak keluar.

Chicken pox tak selesa;
  • gatal
  • sakit 
  • pedih
  • demam
Ini antara petua yang selalu orang kongsi untuk percepatkan baik chicken pox ni dan nak elak dari berjangkit ke orang lain. Boleh lah cuba.
  • guna daun semambu - air rebusan daun semambu tu buat mandi.
  • tumbuk lumat daun semambu, then campur dengan bedak sejuk. lumur seluruh badan yang kena chicken pox. 
  • gantung daun semambu kat rumah. Petua tak nak bagi berjangkit ke orang lain pulak. Rasanya macam menjadi. Eh ye ke? Tapi habis satu rumah kena. Hahaha. Alah cuba je la ye.
  • jangan menggoreng dalam rumah. Tak pasti pulak sebab apa. Ada orang kata supaya orang yang kene chicken pox tu tak sakit. hurrrm. 🤔
  • elakkan terkena air hujan, nanti lekat parut, payah nak hilang. Wallahualam.
  • jangan makan kicap. Nanti tinggal parut hitam. hihihi. (tak tahu lah betul ke idok)
  • petua ni boleh terima dan gunapakai. Kain baju si pesakit chicken pox tu, basuh asing. Jangan campur dengan kain baju orang yang sihat. Boleh berjangkit.
  • jaga makan la kan. Yang ini dah semestinya. Banyakkan makan protin supaya cepat hilang parut. Boleh minum ESP Soy Protin atau Meal Shakes atau susah-susah sangat, sapu jer krim Herbal Blend ni haa. 🤗
Multi-Purpose Cream Herbal Blend Paraben Free
RM37.50
(tidak termasuk kos pos)

Sebarang pertanyaan atau pembelian produk Shaklee, boleh hubungi saya di talian 011-10511606 atau klik WHATSAPP LINK atau klik je WhatsApp Button kat sebelah kiri blog ini. 
  

You Might Also Like

0 comments