4 Vitamin Yang Wanita Perlu Ambil

December 20, 2017


Anda tertanya-tanya adakah perlu untuk berbelanja membeli suplemen? Dan apakah vitamin yang penting untuk anda?
Bagi wanita, 4 vitamin ini adalah antara suplemen yang patut anda ambil untuk kesihatan optimum.
Apakah vitamin itu?

4 Vitamin Yang Wanita Patut Ambil



Vitamin E

Vitamin E adalah vitamin larut lemak. Ia juga dikenali sebagai antioksidan yang kuat. Antioksidan membantu dalam diet anda, kerana mereka meneutralkan sel radikal bebas dalam badan kita. Radikal bebas adalah sel yang telah teroksida. Ini boleh membahayakan, tetapi ia berlaku secara semula jadi daripada proses yang berlaku di dalam badan kita. Banyaknya radikal bebas boleh membawa kepada keadaan seperti penyakit jantung dan kanser. Mendapatkan cukup vitamin E dapat mengurangkan penyakit dan gejala yang mempengaruhi kesihatan wanita.

Vitamin E juga membantu wanita setiap masa, sebelum dan selepas menopaus.

Asid lemak Omega-3 

Kenapa Anda Perlu: Tahap rendah lemak yang sihat ini boleh mengakibatkan keradangan dalaman, salah satu penyebab penyakit jantung, kencing manis dan kanser. 

Dos harian: 1 hingga 2 gram (1,000 hingga 2,000 mg). Ambil suplemen minyak ikan dengan makanan, yang menyerap minyak.

Kalsium 

Kenapa Anda Perlu Kalsium: Semua orang tahu kalsium membina tulang yang kuat, tetapi mineral ini juga penting untuk fungsi lain, seperti penghantaran isyarat saraf. 

 Dos harian: Wanita berusia 19 hingga 50 memerlukan 1,000 miligram sehari. Perhatikan berapa banyak yang anda dapat dari makanan dan minuman, dan tambahan yang lain.

Vitamin C

Vitamin C juga dipanggil 'ascorboc asid'. Ia membantu menyembuhkan luka dan menghasilkan sel darah merah. Selain itu, vitamin C juga meningkatkan tahap kimia otak yang dipanggil 'noradrenaline' yang mana ia membuatkan kita lebih fokus pada sesuatu.

Kajian menunjukkan apabila anda terlalu 'stress' atau semakin meningkat usia, paras 'ascorbic asid' semakin menurun. Jadi kita boleh dapatkan vitamin C daripada brokoli, grapefruit, kiwi, limau oren, lada, ubi kentang, strawberry dan tomato.
selain itu, kita juga boleh amalkan suplemen Vitamin C

You Might Also Like

0 comments