Ceritera Susu Ibu Perahan

June 05, 2017



Beringatlah selalu penyusuan susu ibu perlu dilaksanakan mengikut kehendak  bayi. Jika panduan ini dipegang setiap masa, bererti anda kini berada di landasan yang betul. Biarpun begitu, masih ada beberapa aspek yang perlu anda teliti dan  amalkan satu persatu. Hal ini penting agar bayi yang ditinggalkan dalam jagaan pengasuh berupaya untuk terus-menerus memperoleh khasiat susu ibu sepanjang anda berada di tempat kerja.


Perah Susu


Tidak kira sama ada mahu memerah payudara dengan tangan (teknik Marmet) ataupun mengggunakan pam (manual, bateri atau elektrik), anda harus lakukannya dalam keadaan yang bersih dan steril. Ini bertujuan menghindar sebarang pemindahan bahan cemar yang tidak dingini ke dalam susu ibu perahan.

Setelah susu diperah, masukkannya ke dalam bekas kecil bersih dan mempunyai penutup yang cukup untuk sekali penyusuan. Biarkan susu itu berubah ke suhu bilik terlebih dahulu, kemudian label bekas dengan nama bayi, tarikh dan masa sebelum disimpan ke dalam peti sejuk atau beg pendingin.

Pada peringkat permulaan, jumlah susu yang diperah memang sedikit. Namun, lama-kelamaan meningkat selepas beberapa kali perahan. Anda boleh memerah di sebelah payudara sementara bayi menyusu di sebelah lagi.
Malah amat disarankan untuk lebih rajin memerah susu pada waktu malam. cara ini akan menggandakan rangsangan penghasilan susu.

Setiap kali selepas sesi penyusuan, anda turut digalakkan untuk mengosongkan payudara dengan terus memerah sehingga payudara hanya mengeluarkan beberapa titis susu. Cara sebegini juga dapat merangsang otak untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk sesi penyusuan seterusnya.

Waktu pemerahan amat bergantung kepada waktu lapang anda. namun, ada baiknya ia dilakukan mengikut rutin tetap. Anda tidak digalakkan menunggu sehingga payudara membengkak. Tidak mengapa jika anda tertinggak satu atau dua kali rutin yang biasa dilakukan tapi jangan pula payuasdra tidak diperah melebihi 4 jam. hal ini boleh menyebabkan payudara bengkak hingga akhirnya mengakibatkan saluran susu tersumbat.

Perah Guna Tangan


1 - Cuci tangan menggunakan air dan sabun
2 - Urut perlahan-lahan atau tuam payudara beberapa minit sebelum emlakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.
3 - Buat pegangan C pada payudara. Letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan aerola manakala jari-jari yang lain di bahagian bawahnya. Tekan payudara ke belakang ke arah dada. Picit dengan lembut selama 2 saat dan lepaskan. Teruskan sehingga susu keluar.
4 - Pusing dan picit dari semua arah. Ulang proses ini sehingga tiada lagi titisan susu dan tukar ke payudara sebelah. Peras setiap payudara 5-10 minit secara bergilir-gilir.

Sumber gambar : google

Perah Guna Pam


1 - Baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya. Basuh dengan ebrsih dan steril peralatan mengepam.
2 - Basuh tangan dengan bersih.
3 - Rangsang puting payudara untuk emnghasilkan refleks
4 - Posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield.
5 - Mulakan sese mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri) kemudian barulah ditingkatkan kelajuannya mengikut keselesaan.
6 - Pam kedua0dua belah payudara. Masa mengepam adalah antara 10-20 minit bergantung kepada individu.

Sumber gambar : google

Pilih pam yang betul

pam yang baik perlulah mudah dibawa ke sana-sinii, senang digunakan dan dibersihkan selain bahagian-bahaghian yang mudah disterilkan. Antara lain, ia berupaya merangsang penghasilan susu dan dapat mengepam keluar susu sepenuhnya daripada payudara. Diyakini, pam yang baik seharusnya mampu meniru gaya hisapan bayi.
paling penting, pilih pam yang tidak akan menyebabkan payudara sakit. Pendek kata, pam itu mestilah selesa dan sesuai dengan situasi tempat yang bakal anda lakukan sesi pemerahan susu tidka kira sama ada ia manual, menggunakan kuasa bateri atau elektrik mahupun secara tunggal atau berganda.

Simpan susu


Bekas menyimpan susu mestilah bersih dan steril. ia berupa bekas plastik berbucu keras atau botol susu bebas BPA mahupun plastik yang direka khas untuk menyimpan susu ibu perahan. Simpan kuantiti yang mencukupi dalam satu bekas untuk sekali penyusuan sahaja. Tinggalkan sedikit ruang udara di dalam bekas bagi membolehkan proses pengembangan berlaku semasa pembekuan.

Sumber gambar : google

Jangka Hayat Susu

1 - Suhu bilik (19 hingga 26°C) : Mesti digunakan dalam tempoh 4 jam.
2 - Beg pendingin (kurang 4°C) :  Bertahan sehingga 12-24 jam. Pastikan pek ais yang digunakan mencukupi dan ganti jika perlu.
3 - Peti sejuk (rak bawah) : Hendaklah digunakan dalam tempoh 3 - 5 hari. Jika stok susu berlebihan, simpan bahagian beku.
4 - Peti sejuk 1 pintu (bahagian beku) : Perlu digunakan dalam tempoh 2 minggu
5 - Peti sejuk 2 pintu (bahagian beku): Boleh digunakan dalam tempoh 3 bulan.
6 - Peti sejuk deep freezer: Boleh digunakan dalam tempoph 6 bulan.

Sumber gambar : google

NOTA : jangan simpan susu perahan berdekatan pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian ini tidak stabil akibat kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk. sebaik-baiknya simpan susu perahan di bahagian paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar.

Penyediaan Susu Perahan

Sentiasa gunakan susu perahan yang paling awal diperah. Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah dicairkan. Apabila hendak menyusukan bayi, rendam bekas susu perahan di dalam bekas berisi air panas atau didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk tetapi susu belum mencapai suhu yang diingini, tukar air rendaman dan rendam beberapa ketika.

Hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu sesi penyusuan sahaja. Susu yang dibekukan akan memperlihatkan bahagian lemak terpisah menjadi 2 lapisan. Jadi, goncang bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan semula lemak yang terpisah itu.
Elakkan memanaskan susu dalam ketuhar gelombang mikro atau atas tungku dapur (dapur memasak). Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa 1 jam dan ia tidka boleh disimpan semula. Pastikan suhu yang dipanaskan suam, dengan menitiskan susu di bahagian dalam pergelangan tangan.

Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer), turunkan beberapa bekas susu beku daripada bahagian sejuk beku ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ia juga dapat menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti. Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam.

TAHUKAH ANDA
Susu ibu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih jauh lebih baik daripada susu formula.

Sumber : Majalah Pa&Ma

You Might Also Like

0 comments