Ketahui Kenapa Pentingnya Protin Untuk Ibu Mengandung

March 26, 2017


Asid amino yang membentuk protein adalah blok pembinaan sel-sel badan kita dan tubuh badan bayi juga. Adalah penting untuk mendapatkan protein yang mencukupi sepanjang kehamilan. Keperluan protin semakin diperlukan ketika usia kandungan masuk ke trimester ke-2 dan ke-3 dimana fasa ini bayi dalam kandungan mengalami tumbesaran yang pantas. Bila bayi membesar dengan cepat, organ dan payudara ibu juga turut berubah saiz untuk menampung tumbesaran bayi.


Asid amino penting tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita dan mesti dapatkannya daripada diet seharian.

Jika diet harian kita banyak daging dan sumber-sumber protin yang lain, mungkin anda tidak perlukan protin tambahan. Jika anda tidak makan daging, anda boleh memenuhi keperluan protein anda melalui sumber-sumber lain, termasuk tenusu, kacang, telur, atau produk soya.

Namun begitu, ada wanita yang mengalami kurang selera makan sepanjang kehamilan, dan mungkin diet hariannya juga kurang protin. 

Berat badan semakin menurun, keletihan melampau dan mudah dijangkiti penyakit mungkin adalah tanda-tanda kekurangan protin.




Berapa banyak protein yang anda perlukan?


Keperluan protein untuk wanita hamil antara 40 gram - 70 gram sehari, bergantung kepada berapa berat badan kita. Untuk mengetahui dengan lebih tepat, boleh guna formula ini.

Berat Anda (kg) x 1.5 = Jumlah protin yang diperlukan sehari (gram)

Contoh :

Berat badan saya semasa trimester ke-2 = 55kg

55kg x 1.5 = 82.5gram protin

daripada pengiraan di atas, saya memerlukan sekurang-kurangnya 82.5gram protin/hari


Sumber Makanan Yang Mengandungi Protin


sumber gambar : google


sumber gambar : google



Sumber :

1. Shaklee Malaysia
2. Baby Center

You Might Also Like

0 comments