Vitamin Prenatal Untuk Ibu Hamil
February 15, 2017vitamin prenatal yang lengkap mengandungi kesemua nutrisi yang diperlukan oleh wanita hamil |
Apakah vitamin prenatal?
Mengambil makanan yang sihat semasa hamil adalah satu tindakan yang sangat bagus demi kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Idea untuk mengambil vitamin prenatal semasa hamil juga adalah satu idea yang bijak untuk membantu menampung nutrisi dalam diet ibu.
- 400 microgram (mcg) asid folik
- 400 IU vitamin D
- 200 hingga 300 miligram (mg) kalsium
- 70 mg vitamin C
- 3 mg thiamine
- 20 mg niacin
- 6 mcg vitamin B12
- 10 mg vitamin E
- 15 mg zink
- 17 mg zat besi
- 150 mcg iodin
Kenapa Vitamin Prenatal Penting Untuk Ibu Hamil?
Berdasarkan gaya pemakanan rakyat Malaysia hari ini, agak susah untuk mendapatkan semua nutrien penting yang diperlukan oleh ibu dan bayi.
Zat Besi (ada dalam Vita-Lea)
badan kita memerlukan zat besi untuk menghasilkan darah tambahan (hemoglobin) untuk ibu dan bayi semasa kehamilan. Zat besi juga membantu menghantar oksigen dari paru-paru ke seluruh badan dan juga bayi. Badan yang cukup zat besi boleh mencegah masalah kekurangan sel darah merah yang boleh menyebabkan ibu berasa letih tidak bermaya dan ia juga dipanggil anemia,
Tetapi semasa hamil, kita memerlukan lebih banyak mineral penting ini sebab;
- jumlah darah dalam badan bertambah semasa mengandung sehingga kita mempunyai 50% lebih banyak darah daripada biasa. Kita memerlukan zat besi untuk mebuat lebih banyak hemoglobin.
- ibu hamil memerlukan zat besi tambahan untuk bayi yang semakin membesar dan plasenta terutamanya pada trimster ke-2 dan ke-3.
- kekurangan zat besi semasa mengandung dikaitkan dengan kelahiran pramatang, berat bayi berkurang dan kematian bayi yang baru lahir.
Berapa banyak zat besi yang diperlukan?
Wanita hamil - 27miligram sehari
Wanita yang tidak hamil - 18mg sehari
Jumlah ini adalah purata setiap hari.
Asid Folik (ada dalam B-Complex & Vita-Lea)
Asid folik membantu mencegah kecacatan tiub neural seperti spina bifida dan anenchepaly yang memberi kesan kepada otak dan saraf bayi.
Kecacatan tiub neural (spina bifida) ini develop dalam tempoh 28 hari pertama selepas persenyawaan dan ramai wanita tak perasan yang mereka sedang hamil.
Asid folik juga boleh mengurangkan risiko lain seperi bibir dan lelangit sumbing dan kecacatan pada jantung.
Oleh sebab itu, disarankan wanita-wanita yang boleh/sedia hamil ambil 400 microgram (mcg) asid folik sebelum hamil dan teruskan sehingga kandungan berusia 12 minggu (3 bulan).
200mcg asid folik ada dalam 1 tablet Vita-Lea
200mcg asid folik ada dalam 1 tablet B-Complex
Kecacatan Tiub Neural - Spina Bifida Sumber gambar : SteadyHealth.com |
Menurut webMD, bagi wanita yang pernah ada sejarah melahirkan bayi mengalami kecacatan neural boleh mengambil asid folik sehingga 4000mcg setiap hari sebulan sebelum hamil dan sepanjang trimester pertama kehamilan. Namun begitu, anda mestilah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Makanan yang mengandungi asid folik - sayur-sayuran berdaun hijau, kekacang dan buah-buahan sitrus seperti oren, lemon, buah anggur, tangerines, limau, tangelo, mandarin orange, clementine dan pommelo.
Tetapi kita tak dapat mengukur jumlah asid folik samada cukup ke tidak dengan keperluan badan kita. Jadi, pengambilan suplemen ibu hamil amatlah disarankan kerana setiap tablet vitamin ada dinyatakan kandungan setiap nutrien yang diperlukan.
Buah-buahan Sitrus Sumber gambar : fuh.my |
Kalsium (ada dalam Ostematrix)
Apabila kita hamil, bayi memerlukan kalsium untuk membina gigi dan tulang yang kuat.
Kalsium juga membantu bayi kita dalam kandungan membesar dengan jantung yang sihat, saraf dan otot.
Kalsium juga membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan preeclampsia.
Bayi dalam kandungan akan menarik kalsium ibu untuk tumbesarannya. Cuba bayangkan jika ibu tidak ambil kalsium dengan secukupnya, ini akan menjejaskan kesihatan ibu pada masa akan datang.
Berapa banyak kalsium yang kita perlukan?
Wanita berusia 19 - 50 tahun : 1000 miligrams sehari sebelum, semasa dan selepas hamil.
Wanita/perempuan yang berumur 18 tahun ke bawah : 1300 miligrams sehari sebelum, semasa dan selepas kehamilan.
Walaupun kita sudah bersalin dan habis tempoh breastfeed bayi kita, pengambilan kalsium haruslah diteruskan untuk menguatkan tulang dan mengelakkan risiko kerapuhan tulang (osteoporosis).
Asid Docosahexaenoic (DHA) & Asid Eicosapentaenoic (EPA) (ada dalam Omega Guard)
Nutrien ini penting untuk wanita terutama yang sedang hamil. DHA membantu membina otak bayi kita, mata dan sistem saraf.
Vitamin C
Rujukan : WebMD, BabyCenter
0 comments