Salah satu perkara penting dalam menyambut kelahiran bayi baru ialah melaungkan azan di telinga kanan bayi dan iqamah di telinga kiri bayi.
gambar sekadar hiasan
Hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a ;
"Aku bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan. Sungguh sempurna kekuasaanNya dan kamu telah mendapat anugerah kebaikanNya.
Begitu juga dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Rafi';
Abu Rafi' berkata: "Saya melihat Rasulullah S.A.W membacakan azan padatelinga kanan Hasan bin Ali yang baru dilahirkan oleh Fatimah."
Amalan ini hukumnya adalah sunat.
Namun, amat digalakkan melakukan amalan yang satu ini, kerana menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah, antara rahsia azan dan iqamat ialah :
- kalimah-kalimah memuji kebesaran Allah sebagai ucapan pertama yang didengari oleh bayi baru lahir
- satu pernyataan syariat Islam yang terlebih dahulu diperdengarkan kepada bayi sebelum godaan-godaan syaitan dan mengekang nafsu syahwat
Azan
Iqamah