Dermoid Cyst Pada Ovari

April 19, 2018



Artikel ini dikongsi oleh Dr Hamid Arshat di Facebook beliau pada 19 April 2018.

Kandungan cyst ialah cecair berminyak, lemak dan rambut.
Menakutkan juga bila melihat rambut tumbuh dalam kilang telor.

Satu jenis keajaiban, tidak terfikir rambut boleh tumbuh dalam ovary. Kejadian Allah, apa-apa boleh berlaku atas KehendakNya.


Masih ada peluang hamil, ovary kanan dan tiub kanan masih normal.

Lepas bedah perlu amalkan caragaya hidup sihat.

MAKANAN UNTUK LEPAS BEDAH

1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunti untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca Al-Quran 4-5 muka surat setiap hari.

Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap-asap beracun, semburan insecticide dan pewangi di rumah dan dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorant.

3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat.

Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain.

Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung - donut, kuih-muih, aiskrim, coklat dan lain-lain.

Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

4. Makan 70% bahan-bahan mentah dan segar , iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah-buahan tempatan seperti betik, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dan lain-lain.
Saya galakkan makan ulam-ulaman , sayur bayam, bendi, terung, kangkung, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula.

2 biji apel hijau
2 carrot
2 batang celery
Atau 1/4 buah papaya dan ¼ Nenas

(khas seminggu dalam waktu haid).

Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.

Makan 2 biji telur saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.

7. Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohidrat.

Makan buah-buahan atau segenggam campuran kacang almond, gajus, kismis dan peanuts.

Minum air mineral atau teh hijau.

Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

8. Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat.

9. Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kankung, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu.

Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .

Gantikan nasi putih kepada brown rice.

10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda.

Makan juga goji beri, lain-lain jenis berries, spirulina, rumpai laut.

Sumber : Facebook Dr Hamid Arshat

You Might Also Like

0 comments